Thursday, March 31, 2011

Pandu Puteri Part 1

Assalamualaikum..
Minggu ni dh minggu ke-12 kuliah..
Still ada keje yg belum settle
Esok aku akan mengikuti kem di Pasir Puteh Kalumpang
Kem ni actually tuk kokurikulum yg aku amk
Pandu Puteri 2...(blue kebaya)...huhu
Dh lama xpegi kem ni..last klo xclap masa sem 2 dlu..
skrang dah sem 4..hampir setahun la..
kesempatan yang ada ni aku gunakn lah sepenuhnya
tinggalkn seketika kerja2 yg belum selesai kampus
dan mencari ketenangan di tempat baru
hopefully kem ni berjalan dengan lancar la
dan tanpa sebarang tekanan
tugas aku tuk kem kali ni adalah sbg ajk pengangkutan
agak kelam kabut jgk la sbb xde pengalaman
kena tempah bas tuk semua and then lori tuk angkut barang

but something diluar jangkaan happen
ari ni dapat panggilan kata lori xdapat

agak terkejut jgk la
ada salah faham ckit and aku satu lupa psl barang2 tu
lepas tu aku pn pegi la dkt bahagian pengangkutan
tanya2 and diorang pn xdpt nk bagi keputusan jgk..
emm...besalah pn ada...harp2 dapat la..
kena tunggu esok la mcm mana pun...
sori byk2 kt sume if byk kekurangan
buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar, salah dan silap harap maafkan.

setakat ni dulu coretan diari hari ni
barang2 apa xkemas lagi
selamat malam dan assalamualaikum smua..
tunggu part yg seterusnya..:)

Saturday, March 19, 2011

Subhanallah..aku mencintaiMu

Subhanallah..aku mencintaiMu
Subhanallah..aku menyayangiMu

begitulah unggulnya cinta Rabiatul Adawiyah terhadap Sang Pencipta
tidak mampu ditandingi oleh diriku yang kerdil ini
cintaNya kepada Allah sangat teguh sehingga hatinya tidak mampu dimiliki oleh lelaki
biarpun ulama terbilang yg datang meminang,
biarpun sultan negara yg datang merisik,
biarpun bangsawan datang melamar,
dia tetap kekal sendiri krn hatinya tetap satu iaitu untuk Allah
subhanallah...sungguh agung dirimu wahai srikandi sejati
sedikit pun nafsumu tidak tergugat krn cintamu kepadaNya adalah melebihi segala-galanya

walaupun diuji dengan pelbagai dugaan,
dirimu tetap kuat berpegang pada tali Allah
hidup dalam keluarga yang miskin tidak sedikit pun menggugat imanmu
kematian ayah dan ibu saat kau masih muda tidak sedikit pun mematahkan semangatmu
diculik menjadi hamba tidak sedikit pun mengubah pendirianmu
setiap ujianmu itu kau hadapi dengan hati yang tabah
tidak ada sedikit pun keluhan
aku kagum dengan dirimu wahai perindu cinta abadi
masih adakah insan seperti dirimu pada saat ini??
ketaqwaanmu kepada Allah sungguh tinggi
dan bukan syurga atau neraka yang kau kejar
tetapi keredhaan Allah yang kau cari

aku teringin menjadi seperti dirimu,
tetapi aku tahu aku tidak mampu
kerana kau adalah wali Allah yang istimewa
tetapi kisah hidupmu sudah cukup untuk mengajarku erti sebenar sebuah kehidupan
hidup ini hanyalah untuk mendapat keredhaan Ilahi
sekiranya cinta untuk lelaki itu hadir untuk diriku biarlah ianya kerana Allah
kerana aku tahu aku tak mampu untuk menghalang perasaan itu
hanya kepada Allah aku mampu berserah
doaku agar cintaku kepadaMu melebihi cintaku kepada insani
engkau tetapkanlah hatiku ini hanya untuk yang berhak
kerana aku tidak mahu apabila aku mengejar cinta insani
aku meninggalkan cintaMu di belakang..nauzubillah
biarlah tiada cinta insan bergelar manusia di dunia ini buat diriku
kerana aku tahu cintaMu untukku sentiasa ada
aku redha dengan setiap ketentuanMu
kerana yang terbaik hanyalah datang dariMu
dan kelemahan itu dari diriku sendiri.

********************************************************

Misk: Jodoh dan Takdir


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

Thursday, March 17, 2011

Suatu KetiKa Dahulu....

Pengajian Malaysia...ape itu Pengajian Malaysia???
aku sendiri tertanye2 knape aku bleh amk pengajian malaysia..
memang aku xtahu apa2 psl kos yg aku amk masa nk isi upu..
memandangkan aku xminat matematik..aku xthu nak amk ape sebenarnya..
biasa klo budak matrik mesti nak pilih math, kimia, bio fizik, sains n etc...
tapi aku sendiri xpilih sume2 tu xtahu la knape...
mungkin xtergerak hati kowt..
aku memang xpandai sgt klo bab2 yg menggunakan nombor ni..
especially math la..my critical sbjek mse kt mtrik..
dh la xminat tp trpaksa amk plk..mmg hancur la rezuk..huhu
masa nak isi upu tu..pkir balik nak ambk pe yer..
emmm..mak kata perempuan jadi ckgu la senang..
aku pun ok je...minat nk jadi ckgu ade ckit2 je..huhu
tapi nak jd ckgu pn kna pkir jgk..nak jd ckgu pe yer??
nak jd ckgu sains pn aku pkir byk kali gk..
sbabnya aku ni alergic darah...ti cmne la nk ajar anak murid..(jauh pikir)..hehe
tapi mmg btol la..ti masa mengajar msti buat eksperimen psl darah kn..clap2 ari bulan ckgu yg pengsan..:p

aku pun buat la semayang istikarah dulu sebelum wt pe2 keputusan..
akhirnya aku pn wt la pilihan...
dua pilihan kt atas mmg pendidikan la..(ikut ckp mak)..hehe
1st aku tergerak hati pilih Pengajian Malaysia dgn Pendidikan (AT58) UPSI
2nd aku pilih Pendidikan khas kat UKM
yang 6 pilihan lagi aku xtahu la aku pilih ape..tapi semuanya cam mengarut2 je..
aku sendiri pelik dgn pilihan aku..
kos yg aku pilih semuanya aku xtahu..
mungkin Allah dah tentukan segala-galanya..
aku hanya mampu berserah...

lepas aku pilih tu aku hanya mampu tawakkal
semayang hajat tiap2 ari spya Allah bagi yg terbaek
klo dapat masuk u pn aku dh bersyukur sbb skg ni persaingan sengit
lebih2 lagi rezuk matrik aku yang ala-ala kadar sahaja
aku xmengharap lebih juz dapat smbung belajar lagi pn dh kira ok
xkisah la u mane2 pn

bila amk pendidikan ni, mcm2 kita kena lalui
1st sekali ada ujian Medsi then interview
alhamdulillah aku dan 3 orang lagi housemate ku dapat kedua2nya
ujian medsi kena jawab lbh kurang 300 soklan dalam masa sejam
alhamdulillah la sempat jawab
lepas tu kami kena tunggu plak interview, klo lepas ujian medsi baru dapat interview
klo gagal maknanya xdapat la interview..syukur kami berempat lepas ujian medsi dan dapat interview

aku dapat interview di kuala terengganu, my hometown..
mmg dh pilih awal2..dan interview tu plk dibuat di UDM yang sekarang digelar Unisza
macam2 rasa ada masa kt bilik menunggu tu
tegok masing2 semua duk pegang nota..maknanya semua dh wt persiapan awal
aku ada jgk wt persiapan tapi xla banyak sgt..juz tahu isu semasa pendidikan negara
masa tu giliran aku agak lambat sedikit..xcilap aku orang kedua last
nervous tgok kwn2 yg dah ciap interview..mcm2 diorang kena tanya
ada yang kena mengajar, speaking dan lain-lain lagi la
terpikir jgk klo kena mengajar ti nak ngajar pe yer...pengajian malaysia tu pn aku xtahu sbjek pe..
dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu..(sgt2 takut)

tiba giliran aku, aku pn masuk la ke bilik interview tu..
baca bismillah sebelum melangkah aku pn bagi salam dan terus masuk..
aku bagi fail yang ada semua sijil2 kepada penemuduga yg ada kat situ
ada 2 orang, seorang lelaki dan seorang perempuan
muka semua baik2 je aku tgok..hehe

mereka pn tanya la aku soklan
tanya knapa nk jd ckgu, knpa amk pendidikan khas..ade pengalaman ke??
lpas tu tnya soklan umumplk..dia tnya tema hari guru tahun tu..Guru Pembina Negara Bangsa
pastu tanya aktiviti apa yang ada masa hari guru kat skolah..nsib baek soklan xsusah..huhu
klo tanya PIPP confem xdpt jwb coz xhafal..
aku pn jawab la dgn tenang walaupn sbenarnya nervous
aku hepy sangat sbb dia xtanya aku psl pengajian malaysia
dan yg penting aku xperlu speaking...yeah...selamat..alhamdulillah

aku rasa aku duk kt dlm bilik tu xsampai 10 minit pn
rasa cam sekejap je masa berlalu
lepas dorang abih tanya aku pn ucap terima kasih dan terus kluar
excited aku kuar..at least dh lega ckit..then lpas tu aku pn blik
b4 that smpat lagi singgah kt pantai amk angin smbil makan ICT (ikan celup tepung) feveret org ganu...hehe

lebih kurang dalam bulan 6 rezuk upu pn kuar
aku pn berdebar2 la..mlm tu nasib baek dpt gk tido
masa tu rezuk kuar ari jumaat lbh kurang tgh hari
memandangkan umah aku xde internet aku juz chek guna handphone je
lmbat jgk nk tahu keputusan n kebetulan masa tu aku ada kt umah mak sedara aku
kebetulan sepupu aku nak kawen, pegi la tlong kupas bawang
tgh asyik2 duk siang bawang tu tibe2 1 msj sampai
ble buka tgok dari 15888
TAHNIAH ANDA TELAH DITAWARKAN KOS PENGAJIAN MALAYSIA (AT58) DI UPSI
lebih kurang camtu la mesej yg aku dapat
masa tu tak terkata aku..alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana perkenankn doaku..
aku kena daftar 10 hari selepas aku dapat mesej tu..
kelam kabut jgk la buat persiapan
kena buka akaun, medical chek-up, isi borang tu borang ni..
sangat menguji kesabaran tp xpe, orang kata "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian"

selepas itu bermula la episodku di bumi permata UPSI ini
sekarang baru aku tahu apa itu pengajian malaysia
sebenarnya ia merupakan subjek baru yang diperkenalkan di UPSI
dan aku merupakan batch ke-3
ia sebenarnya berkait dengan pengajiam am tingkatan 6
mcm2 kami kena belajar: politik, budaya, agama, undang2, dasar2, pembandaran dll
skopnya lebih meluas berbanding sbjek2 lain, nama pn pengajian am kn..kna la tahu semua benda
apa pn aku xpernah menyesal amk sbjek ni walaupn xpernah bljr sbjek ni..:)
 
rasanya cukup di sini dulu coretan tuk kali ini
pesanan kpd adik2 yg mohon upu, kalo dapat kos ape pn teruskn je pelajaran tu
tak kira la kos yg kita minat ke tak
mungkin ada 1001 hikmah disebaliknya
kerana sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui
wallahu'alam

p/s: jangan pernah takut untuk mencuba sesuatu yg baru kerana mungkin kita akan lebih berjaya dengan pilihan kita yang baru. renung2kn dan selamat beramal..^_^

Tuesday, March 15, 2011

My Love Esemen

Assalamualaikum sumer...
Entri ari ni xtahu nak citer sal pe...
Kepala ngah pening ngan begitu byk esemen..
Rasa cam nak meletup dah otak ni...
But i'm know Allah alwayz be with me...
Allah takkan membebankan hambanya melebihi kemampuannya
I alwayz remember that sentence in my heart...
That's why hidup ni masih diteruskan krn perjuangan masih lg panjang..
Hidup kalo xde cabaran pun xbes jgk sbb tu lah Allah bagi kita bermacam2 rasa...
Rasa gembira, sedih, kecewa, seronok, pahit dan macam2 lagi la..
Kalo xde rasa2 ni semua, tentu hidup kita akan jadi bosan..
Setiap yang Allah jadikan tu ada hikmahnya tersendiri..

Dah nak akhir2 ni banyak la esemen yang nak kena submit..
Exam pn dh around de corner, but preparation still not doing yet..
Hopefully this sem better than before..

My esemen----------------->>>>>>

integrasi dan perpaduan nasional
>>individu ( / )
>>grup ( / )

dasar-dasar negara
>>individu ( / )
>>grup ( / )
>>presentation ( / )

Aliran pemikiran politik di Malaysia
>>individu ( / )
>>grup ( / )
>>presentation ( / )

Kajian gender
>>mini research ( / )
>>cases ( / )
>>presentation ( / )

Teori Pengajian Malaysia
>>individu ( / )
>>grup ( x )
>>presentation ( / )

Pengurusan Pembelajaran
>>Folio ( x )
>>Grup ( / )
>>Presentation ( / )

Pandu Puteri
>>Folio ( x )

( / )---->ciap
( x )---->xciap

huhu....still banyak yg xciap walaupun dh rasa byk yg buat...
chaiyok3..u can do it!!!believe on urself!!
time not wait 4 anyone...don't waste de time pleazzz!!!

That's all 4 today...enjoy ur day..:)
Wassalam.

Friday, March 11, 2011

Kuasa Allah (Tsunami di Jepun)

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah krn masih diberi peluang untuk hidup atas muka bumi ini..
Terkejut sekejap dgn berita negara Jepun yg dilanda gempa bumi dgn magnitude 8.9 dan juga berlakunya tsunami. Negara2 sekitarnya juga turut terkena tempiasnya seperti China. Melalui video yang saya tengok juga kejadian yang berlaku amat dahsyat dan mengingatkan saya peristiwa tsunami yg berlaku di Acheh pada tahun 2004 yg turut melanda Malaysia. Kuasa Allah tiada siapa yang tahu, Allah itu Maha Besar dan Maha Kuasa. Dia berhak untuk menarik balik apa yang dikurniakanNya dan pastinya ada hikmah di sebalik kejadian itu. Risau juga dengan kawan-kawan yang ada kat sana, hopefully mereka semua selamat. Berita ni saya tahu melalui fb lebih kurang kol 4 petang tadi. Lepas tu dh banyak video2 yg di post menggambarkan tsunami tersebut. Ya Allah hebat sungguh kuasaMu, dalam sekelip mata sahaja Engkau boleh memusnahkan sebahagian bumi Jepun itu. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat dan sama2 la kita doakan semua rakyat Malaysia yg berada kat sana. Kawan-kawanku (Irsya ,Salam dll)yg belajar kat sana diharap semuanya selamat.
Amik iktibar drp peristiwa ni..dan ingatlah bahawa gempa bumi adalah salah satu tanda2 kiamat. 

"Sesungguhnya keadaannya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman: "Jadilah!!!" maka terjadilah ia. Maka Maha Suci Allah yang ditangannya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan" (Surah Yassin, 82-83)

Tuesday, March 8, 2011

Coretan untuk Mak dan Ayah

Kasih ibu sampai syurga, kasih bapa sampai ke mati
Tiba-tiba rindu kt my family. Sebulan tak balik kampung dah rasa cam setahun. Duk kat sini hari-hari kadang2 terasa cepat, kadang2 lambat. Cepat bila time nak kena hantar esemen or ada program2 dan lambat bila waktu dalam kelas (lambatnya nk abh kuliah ni) ayat biasa bila duk dalam kelas padahal datang sini mmg nak blajar pn..Ya Allah engkau perbetulkanlah niatku ini..Amin..kadang2 kalau dh sibuk ngan esemen dan aktiviti2 yang ada ni, nak telefon mak ayah pun lupa. Bila teringat pulak hari pn dah malam, kalau dh lewat malam 2 nak telefon pn takut dah tidor pulak..emm camtulah aku..sampai kadang2 diorang plk yang telefon aku sbb dh lama aku x telefon..rasa cm berdosa la plk..nak kata xde kredit 2 jarang la sangat coz aku xtelefon n mesej sape2 pn kcuali ada hal penting..suatu hari tu mak aku telefon..

mak: assalamualaikum, wt pe tu??lama xdgr citer...
me: waalaikumussalam..hehe..biasa la..sibuk ckit (cm2 alasan bagi) rasa bsalah pn ada gk..
mak: ooo..igtkan xde kredit..

emmm....camtu la lbh kurang dialog aku ngan mak hari tu..aku biasanya akn telefon mak aku 3 hari sekali gitula..kalau aku lambat telefon dia akan telefon aku..rasa gembira pn ada coz masih ada yang ingat kat aku..hehe..itulah mak ayah kita..klo kita yang tak ingat kat dia siapa lagi kan..walaupun aku jarang telefon, tapi doa aku kt mereka tetap ada tiap2 ari..lepas sembahyang aku selalu mendoakan kedua ibu bapaku..pernah terbaca satu artikel yang mengatakan kalau kita mendoakan ibu bapa kita insyaAllah rezeki kita akan terbuka luas. jadi, lepas sembanyang tu jgn lupa doa kt diorng skali, baca al-Fatihah pun dah cukup untuk diorang..at least ingat la jugak kt diorang yg telah membesarkan kita ni..klo mak ayah dh xde pn sama la..doa anak yang soleh tu takkan terputus sampai bila2 pun.. 

tak susah kan nak jadi anak yang baik..hehe
perlu taat arahan mereka selagi tak bercanggah dgn agama
dan mendoakan kesejahteraan mereka..insyaAllah syurga di bawah telapak kaki ibu.
jgn sekali2 derhaka kepada ibu bapa kita seperti yang berlaku kepada Si Tanggang.
kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa kita..

mood: miss my parents...can't wait to back home.

hayati lagu ni---------------->>>

Sunday, March 6, 2011

NoMboR TeLefOn ALLah

Dulu masa saya sekolah, ustaz dan ustazah sering tanya mcm mana kamu nak dekatkan diri dengan Allah. Jawapannya mudah iaitu dengan solat. Solat fardhu 5 kali sehari mampu mendekatkan diri dengan Allah jika kita lakukan dengan khusyuk. Ada yang kata 2,4,4,3,4 adalah nombor telefon Allah. Buktinya, kita akan menghadap Allah 5 kali sehari iaitu subuh (2 rakaat), zohor (4 rakaat), asar (4 rakaat), maghrib (3 rakaat) dan isya' (4 rakaat). Masa ni lah kita nak berkomunikasi dengan Pencipta kita, beribadat kepadaNya dan menjadi hamba yang betul-betul taat pada perintahNya. Waktu kita solat inilah kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memohon doa kepadaNya melalui setiap bacaan kita dalam solat. Solat merupakan perkara asas dalam diri setiap Muslim. Dalam hadis Nabi sendiri ada mengatakan "sesungguhnya solat itu tiang agama". Jika sempurna solat itu maka sempurnalah segala perbuatannya dan begitulah sebaliknya. Hal ini menunjukkan bahawa solat itu amat penting dalam agama dan jika solat diabaikan tidak kukuhlah agama seseorang itu. Ibaratnya macam tiang rumah la,,kalau satu tiang tak cukup apa akan jadi pada rumah tu, tentunya akan menjadi tidak seimbang bukan. Begitulah dalam agama, solat itu penentu segalanya dalam kehidupan seharian kita. Tapi kadang-kala kita sering lalai dalam melakukannya. Solat 5 kali sehari pun susah kita nak lakukan. Tu pun Nabi dah banyak kali jumpa dengan Allah untuk kurangkan waktu solat kita masa peristiwa Isra' dan Mikraj. Tidak malukah kita meninggalkan solat 5 kali sehari setelah Nabi berusaha untuk kesenangan umatnya??Astaghfirullahalhazim, betapa berdosanya kita lalai kepada perintahNya. Kita lihat balik diri kita, adakah kita selalu mengingatinya sepanjang masa atau kita sering melebihkan orang lain.

kadang-kadang kita selalu mengingati kekasih kita lebih daripada mengingatiNya
kadang-kadang kita selalu jumpa kekasih kita melebihi kita menghadapNya setiap hari
kadang-kadang kita sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasih kita sehingga mengabaikan perintahNya
nak bercinta itu hak masing2 tetapi cintalah kpd seseorang yg melabuhkn cintaNya kpd Allah insyaAllah kita pn akn sama2 berada di jalan Allah.
(Renungan bersama)

Jika kita renung balik nikmat yg Allah bagi kat kita..kita tentunya akn malu sendiri. Kita tidak mampu untuk membalas jasa2 Allah. Cara terbaik untuk membalas jasanya adalah melalui ibadah kita. InsyaAllah sama2 lah kita mengerjakan suruhannya. Jangan sesekali meninggalkan solat even sesibuk mana pun kita. Ingat kita hanyalah pinjamanNya sahaja. Dia boleh mencabut nyawa kita bila-bila masa sahaja tanpa mengira tempat, usia dan masa. Bertaubatlah sekiranya kita melakukan dosa dengan muhasabah diri setiap hari. Solat juga jangan dilengah-lengahkn takut nanti tak sempat kita solat nyawa kita diambil..nauzubillah..

Beringat2 lah sesama kita selagi masih ada waktu.
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sahabiah sekalian.

Wednesday, March 2, 2011

ConTenG - cOnteNg

Assalamualaikum..
lama sudah xbercerita dlm blog ni
sesekali rindu jgk nk mengepost sumthing new
but lately cbuk semacam je
esemen yang xpernah abih membuatkn aku xde mood nk berblogging
klo buka blog pn sekadar singgah2 blog lain n bace entri2 yg menarik
if ada masa nanti insyaAllah aku akn update balik
hope sume dpt bersabar k...hehe..

.:kesusahan hari ini penentu kesenangan masa depan:.

sempat lagi bagi kata-kata hikmah..huhu
harap sume dapat renung2kn maksud kata-kata itu
dan selamat beramal (tiru ayat Prof Izzi)..hehe