Thursday, January 26, 2012

AmaLan Ketika Haid

Assalamualaikum...
bismillahirrahmanirrahim...

wanita diciptakan oleh Allah dengan ciri-ciri fisiologi yang berbeza dengan lelaki. antara yang paling ketara adalah pusingan haid yang tetap berbentuk kitaran bulanan. Menurut Ibn Hajar a-Asqani dalam Fath al-Bari, wanita pertama yang mengalami haid adalah Hawa iaitu saat beliau dikeluarkan dari syurga dan menghuni bumi Allah. 

Walaupun berada dalam keadaan haid, kita tidak sepatutnya membiarkan hari-hari tersebut dalam keadaan lompang sebaliknya berusaha mendekatkan diri dengan Allah dengan amalan-amalan yang lain selain amalan fardhu.

Mari sama-sama kita lakukan beberapa amalan berikut bagi memastikan masa yang ada dimanfaatkan.

selaraskan niat sebagai ibadah
setiap amalan adalah ibadah jika niat kerana Allah melainkan amalan yang melalaikan. Jadi masa haid ni kita boleh membuat amalan baik menggantikan makanan ruji rohani seperti solat dan puasa.

berzikir
zikir merupakan amalan yang boleh mendekatkan hati dengan Allah. Antara zikirnya adalah istighfar, tahmid, tasbih, takbir, ma'thurat dan manzil.

menambah ilmu
boleh gantikan waktu solat kita dengan bacaan agama seperti buku ilmiah..insyaAllah ia turut menjadi ibadah.

dekat dengan al-Quran
walaupun tak boleh baca al-quran, sekurang-kurangnya masih boleh mendengar bacaannya serta memahami tafsirannya.

perbanyakkan doa
banyakkan doa terutama ketika waktu mustajab seperti antara waktu azan dan iqamah, ketika hari hujan, ketika tersedar waktu sepertiga malam.

perbanyakkan sedekah
sedekah merupakan amalan sunat yang dituntut..skop sedekah ini juga meluas bukan setakat wang ringgit tetapi kata-kata yang baik juga sedekah.elakkan daripada mengumpat dan fitnah.

insyaAllah sama-sama kita amalkan untuk tambah pahala yang kurang semasa kita tidak melakukan amalan fardhu. 

sumber: solusi 

Secret of January

assalamualaikum,,
selamat tahun baru...
rasanya ni first entri untuk tahun ni..
harap tak terlambat nk wish good bye 2011 and welcome 2012..

ok..bulan januari ni sebenarnya sangat bermakna bagi aku..
nak tahu sebab ape??
meh sambung baca meh...

sebenarnya ni la bulan kelahiran aku..
8 januari adalah tarikh keramat..
satu sebab hari lahir aku..dan 1 lagi sebab hari pertama aku melangkah ke smsd a.k.a sek men. sains dungun
mse tu baru nk masuk sekolah menengah..ok..maknanya 8 januari ni sangat istimewa bagi aku..
kalau korang ada kenangan masa tarikh ni boleh la kongsi-kongsi dengan aku..^__^

sebelum tu tak terlambat jgk nak ucap terima kasih kepada semua yang telah ucap selamat hari jadi dan bagi ucapan doa kat aku..hanya Allah yang mampu membalas..terima kasih 3x...

ok..entri ni sampai kat sini dulu ye..ada masa saya sambung balik..:)

p/s: banyak nak citer tapi xde idea lagi..insyaAllah one day nanti..