Dulu masa saya sekolah, ustaz dan ustazah sering tanya mcm mana kamu nak dekatkan diri dengan Allah. Jawapannya mudah iaitu dengan solat. Solat fardhu 5 kali sehari mampu mendekatkan diri dengan Allah jika kita lakukan dengan khusyuk. Ada yang kata 2,4,4,3,4 adalah nombor telefon Allah. Buktinya, kita akan menghadap Allah 5 kali sehari iaitu subuh (2 rakaat), zohor (4 rakaat), asar (4 rakaat), maghrib (3 rakaat) dan isya' (4 rakaat). Masa ni lah kita nak berkomunikasi dengan Pencipta kita, beribadat kepadaNya dan menjadi hamba yang betul-betul taat pada perintahNya. Waktu kita solat inilah kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memohon doa kepadaNya melalui setiap bacaan kita dalam solat. Solat merupakan perkara asas dalam diri setiap Muslim. Dalam hadis Nabi sendiri ada mengatakan "sesungguhnya solat itu tiang agama". Jika sempurna solat itu maka sempurnalah segala perbuatannya dan begitulah sebaliknya. Hal ini menunjukkan bahawa solat itu amat penting dalam agama dan jika solat diabaikan tidak kukuhlah agama seseorang itu. Ibaratnya macam tiang rumah la,,kalau satu tiang tak cukup apa akan jadi pada rumah tu, tentunya akan menjadi tidak seimbang bukan. Begitulah dalam agama, solat itu penentu segalanya dalam kehidupan seharian kita. Tapi kadang-kala kita sering lalai dalam melakukannya. Solat 5 kali sehari pun susah kita nak lakukan. Tu pun Nabi dah banyak kali jumpa dengan Allah untuk kurangkan waktu solat kita masa peristiwa Isra' dan Mikraj. Tidak malukah kita meninggalkan solat 5 kali sehari setelah Nabi berusaha untuk kesenangan umatnya??Astaghfirullahalhazim, betapa berdosanya kita lalai kepada perintahNya. Kita lihat balik diri kita, adakah kita selalu mengingatinya sepanjang masa atau kita sering melebihkan orang lain.
kadang-kadang kita selalu mengingati kekasih kita lebih daripada mengingatiNya
kadang-kadang kita selalu jumpa kekasih kita melebihi kita menghadapNya setiap hari
kadang-kadang kita sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasih kita sehingga mengabaikan perintahNya
nak bercinta itu hak masing2 tetapi cintalah kpd seseorang yg melabuhkn cintaNya kpd Allah insyaAllah kita pn akn sama2 berada di jalan Allah.
(Renungan bersama) Jika kita renung balik nikmat yg Allah bagi kat kita..kita tentunya akn malu sendiri. Kita tidak mampu untuk membalas jasa2 Allah. Cara terbaik untuk membalas jasanya adalah melalui ibadah kita. InsyaAllah sama2 lah kita mengerjakan suruhannya. Jangan sesekali meninggalkan solat even sesibuk mana pun kita. Ingat kita hanyalah pinjamanNya sahaja. Dia boleh mencabut nyawa kita bila-bila masa sahaja tanpa mengira tempat, usia dan masa. Bertaubatlah sekiranya kita melakukan dosa dengan muhasabah diri setiap hari. Solat juga jangan dilengah-lengahkn takut nanti tak sempat kita solat nyawa kita diambil..nauzubillah..
Beringat2 lah sesama kita selagi masih ada waktu.
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sahabiah sekalian.
No comments:
Post a Comment