Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Doa Qunut

Assalamualaikum semua..:)
Hari ini saya ingin membicarakan tentang doa Qunut..
semua tahu doa qunut ni kita akan baca masa solat subuh dan lagi satu masa solat sunat witir..
insyaAllah sama-sama kita baca dan hafal maknanya..


Ya Tuhanku,

Tunjuki aku kepada mereka yg Kau beri petunjuk.

Sembuhkan aku seperti mereka yg Kau sembuhkan.

Pandu diriku kepada mereka yg Kau beri panduan.

Berkati aku seperti mereka yg Kau kurniai. 

Lindungi aku dari keburukan yg Engkau tentukan, dgn

rahmatMu.

Sungguh Engkau yg menentu dan tiada apa yg ditentu ke

atasMu. 

Selawat dan salam atas baginda Rasul, keluarganya dan

sahabat2nya.

Thursday, January 26, 2012

AmaLan Ketika Haid

Assalamualaikum...
bismillahirrahmanirrahim...

wanita diciptakan oleh Allah dengan ciri-ciri fisiologi yang berbeza dengan lelaki. antara yang paling ketara adalah pusingan haid yang tetap berbentuk kitaran bulanan. Menurut Ibn Hajar a-Asqani dalam Fath al-Bari, wanita pertama yang mengalami haid adalah Hawa iaitu saat beliau dikeluarkan dari syurga dan menghuni bumi Allah. 

Walaupun berada dalam keadaan haid, kita tidak sepatutnya membiarkan hari-hari tersebut dalam keadaan lompang sebaliknya berusaha mendekatkan diri dengan Allah dengan amalan-amalan yang lain selain amalan fardhu.

Mari sama-sama kita lakukan beberapa amalan berikut bagi memastikan masa yang ada dimanfaatkan.

selaraskan niat sebagai ibadah
setiap amalan adalah ibadah jika niat kerana Allah melainkan amalan yang melalaikan. Jadi masa haid ni kita boleh membuat amalan baik menggantikan makanan ruji rohani seperti solat dan puasa.

berzikir
zikir merupakan amalan yang boleh mendekatkan hati dengan Allah. Antara zikirnya adalah istighfar, tahmid, tasbih, takbir, ma'thurat dan manzil.

menambah ilmu
boleh gantikan waktu solat kita dengan bacaan agama seperti buku ilmiah..insyaAllah ia turut menjadi ibadah.

dekat dengan al-Quran
walaupun tak boleh baca al-quran, sekurang-kurangnya masih boleh mendengar bacaannya serta memahami tafsirannya.

perbanyakkan doa
banyakkan doa terutama ketika waktu mustajab seperti antara waktu azan dan iqamah, ketika hari hujan, ketika tersedar waktu sepertiga malam.

perbanyakkan sedekah
sedekah merupakan amalan sunat yang dituntut..skop sedekah ini juga meluas bukan setakat wang ringgit tetapi kata-kata yang baik juga sedekah.elakkan daripada mengumpat dan fitnah.

insyaAllah sama-sama kita amalkan untuk tambah pahala yang kurang semasa kita tidak melakukan amalan fardhu. 

sumber: solusi