Wednesday, February 1, 2012

Kahwin: Kerja vs Belajar

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..

kahwin masa belajar atau kerja dulu??persoalan ini sentiasa menghantui kebanyakan remaja sekarang
ada yang berpendapat kerja dahulu lebih penting untuk stabilkan ekonomi kerana perkahwinan pun memerlukan duit
ada juga yang memilih untuk berkahwin masa belajar untuk mengelakkan maksiat dan dapat bagi sokongan dalam pelajaran.

~from page berita harian~


Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing yang ada pro dan kontra. Itu semua bergantung kepada individu itu sendiri sama ada mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri atau tidak. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang mudah. Kalau masih tak cukup ilmu rumah tangga jangan sekali-kali nak kahwin awal takut nanti jadi porak peranda. Memasak, mengemas rumah, jadi imam kepada keluarga, mengurus rumah tangga, semua itu memerlukan ilmu yang cukup.

Perlu diingat perkahwinan bukanlah untuk nafsu semata-mata, tetapi ia adalah suatu ibadah yang menjadi sunnah Rasulullah. Melalui perkahwinan inilah kita dapat melahirkan generasi Muhammad yang soleh dan solehah dengan cara yang halal. Itulah tujuan perkahwinan iaitu menghalalkan hubungan yang haram antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. 

Berbalik kepada persoalan kita tadi, berkahwin selepas kerja atau berkahwin semasa belajar.  

Selepas kerja
Sesetengah orang memilih untuk berkahwin selepas mendapat pekerjaan yang tetap. Hal ini ada kewajarannya kerana ekonomi yang stabil perlu untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan oleh keluarga terutamanya bagi lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, lelaki perlu memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak di samping tanggungjawab mereka kepada ibunya. Ini adalah perkara penting yang menjadi sebab kenapa mereka memilih untuk berkahwin selepas bekerja. Bagi perempuan pula, segala kemungkinan bakal berlaku dalam perkahwinan tersebut, memilih bekerja terlebih dahulu adalah untuk masa hadapan mereka seandainya perkara buruk menimpa mereka. Selain tu, ada gak yang nak bahagiakan kaluarga terlebih dahulu memandangkan mereka telah banyak berkorban untuk kita. That's mean mereka guna prinsip nak bahagiakan orang lain dulu sebelum bahagiakan diri sendiri..

Semasa Belajar
Trend sekarang, ramai mahasiswa/wi yang mengambil keputusan berkahwin masa belajar kerana ia adalah salah satu cara untuk mengelakkan maksiat. Lagipun, perkahwinan ini juga mampu menjadi pendorong kepada mereka untuk terus bersemangat untuk belajar setelah mendapat ikatan yang sah. Bukti pun dah banyak yang menunjukkan mereka mampu cemerlang dalam akademik walaupun telah berkahwin. Dalam hal ini kena pandai bahagikan masa la. Soal wang bagi mereka bukan masalah kerana rezeki ada di mana-mana selagi mereka berusaha, itu janji Allah.

Bagi saya pula, kalau dah jodoh tu takkan ke mana la. Ada orang nak kahwin awal tapi ada halangan keluarga tak dapat jugak. Itu semua bergantung pada keadaan, kalau dah selalu keluar sama-sama baik kahwin je terus takut nanti saham dosa kita bertambah. Bagi yang perempuan, perlu ingat, selagi kita tidak berkahwin, dosa yang kita buat tu tertanggung juga kat bahu ayah kita. Kalau kita tak kesian kat diri kita, kesianlah dekat ayah kita yer. Satu lagi, walaupun hubungan couple tu dah direstui oleh mak ayah kita, tak semestinya kita boleh lakukan sesuka hati kita. Yang haram tetap haram di mata Allah. Saya tidak pernah menghalang orang yang bercouple tapi pandai-pandailah menjaga batas pergaulan. Setiap tindakan kita perlulah difikirkan akibatnya tidak di dunia mungkin di akhirat sana. Allahurabbi.

p/s: saya nak kerja dulu, bahagiakan family, baru nak kawen..hehe..insyaAllah kalau ada jodoh..:)


No comments:

Post a Comment