Sunday, July 31, 2011

RagaM RaMadhAn

Assalamualaikum...alhamdulillah masih dikurniakan nikmat iman dan islam untuk bernafas di bumi Allah ini..

esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menjalani ibadah puasa selama satu bulan. malam ni dh stat solat terawih kat masjid2 dan surau2..aku pun tak ketinggalan untuk melakukan solat terawih kat surau yang berdekatan..hari pertama ni excited sangat nak buat solat terawih..sampai sembahyang Isyak pn aku dh niat terawih..ble nak masuk rakaat ketiga baru lah sedar upenya baru sembahyang Isyak..aku pun sembahyang la balik..ni pengalaman aku tuk malam first ni...tak tahu lah kenapa boleh jadi macam tu..maybe terlebih excited kot..lagipun ni kali pertama aku boleh puasa penuh kat umah selepas beberapa tahun puasa di perantauan...hehe..macam jauh je bunyi kan..perantauan tu maksud aku selain di umah la..last sekali aku puasa penuh kat umah mungkin darjah 6 kot..lepas tu aku dh masuk asrama, matrik dan u..kesempatan cuti sem kali ni memang sangat bermakna la untuk aku tebus balik apa yang telah lama ditinggalkan..semoga ramadhan kali ni memberi seribu erti buat aku dan kawan2 semua..

p/s:buat kawan2 jangan lupa niat puasa esok...:)

Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum...semoga sahabat sahabiah sekalian masih lagi berada dalam lindungan Allah S.W.T

hari ini saya ingin berbicara tentang PUASA memandangkan bulan Ramadhan sudah hampir menjemput kita dan sebelum kita menjalani ibadah puasa nanti, saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan ibadah puasa iaitu rukun Islam yang ketiga.

Makna Puasa

  • Bahasa----> menahan diri daripada sesuatu
  • Syarak----> menahan diri daripada perkara2 yg membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud: wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa. (surah al-baqarah:183)
Syarat Wajib Puasa 

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Sihat
  • Bermukim
  • Suci
Syarat Sah Puasa
  • Islam
  • Berakal/mumayyiz
  • Suci drp haid dan nifas
  • Nyata masuknya bulan Ramadhan
Rukun-Rukun Puasa
  • Orang yang berpuasa
  • Berniat
  • Menahan diri drp perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan atau minum dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Keluar haid dan nifas
  • Gila
  • Murtad
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja
  • Bersetubuh pada siang hari
Perkara Sunat Ketika Berpuasa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Berbuka dengan buah tamar/juadah manis
  • Membaca doa
  • Melambatkan sahur
  • Menunaikan solat sunat terawih
  • Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat, buat amal kebajikan
  • Sentiasa bersedekah
  • Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yg tidak memberi manfaat
  • Mandi junub lebih awal, sebelum masuknya waktu Subuh.
Banyak lagi sebenarnya yang kita perlu tahu tentang ibadah puasa ni, tapi saya hanya ingin memberitahu perkara yang asas sahaja dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahuinya supaya ibadah puasa yang bakal kita jalani nanti akan lebih sempurna. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya kerana mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Sama-samalah kita mencari keredhaan Allah di bulan yang mulia ini. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubaraq kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu makna dalam diri kita..:)

sumber rujukan: buku Indahnya Hidup Bersyariat