Subhanallah..aku mencintaiMu
Subhanallah..aku menyayangiMu
begitulah unggulnya cinta Rabiatul Adawiyah terhadap Sang Pencipta
tidak mampu ditandingi oleh diriku yang kerdil ini
cintaNya kepada Allah sangat teguh sehingga hatinya tidak mampu dimiliki oleh lelaki
biarpun ulama terbilang yg datang meminang,
biarpun sultan negara yg datang merisik,
biarpun bangsawan datang melamar,
dia tetap kekal sendiri krn hatinya tetap satu iaitu untuk Allah
subhanallah...sungguh agung dirimu wahai srikandi sejati
sedikit pun nafsumu tidak tergugat krn cintamu kepadaNya adalah melebihi segala-galanya
walaupun diuji dengan pelbagai dugaan,
dirimu tetap kuat berpegang pada tali Allah
hidup dalam keluarga yang miskin tidak sedikit pun menggugat imanmu
kematian ayah dan ibu saat kau masih muda tidak sedikit pun mematahkan semangatmu
diculik menjadi hamba tidak sedikit pun mengubah pendirianmu
setiap ujianmu itu kau hadapi dengan hati yang tabah
tidak ada sedikit pun keluhan
aku kagum dengan dirimu wahai perindu cinta abadi
masih adakah insan seperti dirimu pada saat ini??
ketaqwaanmu kepada Allah sungguh tinggi
dan bukan syurga atau neraka yang kau kejar
tetapi keredhaan Allah yang kau cari
aku teringin menjadi seperti dirimu,
tetapi aku tahu aku tidak mampu
kerana kau adalah wali Allah yang istimewa
tetapi kisah hidupmu sudah cukup untuk mengajarku erti sebenar sebuah kehidupan
hidup ini hanyalah untuk mendapat keredhaan Ilahi
sekiranya cinta untuk lelaki itu hadir untuk diriku biarlah ianya kerana Allah
kerana aku tahu aku tak mampu untuk menghalang perasaan itu
hanya kepada Allah aku mampu berserah
doaku agar cintaku kepadaMu melebihi cintaku kepada insani
engkau tetapkanlah hatiku ini hanya untuk yang berhak
kerana aku tidak mahu apabila aku mengejar cinta insani
aku meninggalkan cintaMu di belakang..nauzubillah
biarlah tiada cinta insan bergelar manusia di dunia ini buat diriku
kerana aku tahu cintaMu untukku sentiasa ada
aku redha dengan setiap ketentuanMu
kerana yang terbaik hanyalah datang dariMu
dan kelemahan itu dari diriku sendiri.
********************************************************
Misk: Jodoh dan Takdir
Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna
Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan
Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan
Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan
No comments:
Post a Comment