Kasih ibu sampai syurga, kasih bapa sampai ke mati
Tiba-tiba rindu kt my family. Sebulan tak balik kampung dah rasa cam setahun. Duk kat sini hari-hari kadang2 terasa cepat, kadang2 lambat. Cepat bila time nak kena hantar esemen or ada program2 dan lambat bila waktu dalam kelas (lambatnya nk abh kuliah ni) ayat biasa bila duk dalam kelas padahal datang sini mmg nak blajar pn..Ya Allah engkau perbetulkanlah niatku ini..Amin..kadang2 kalau dh sibuk ngan esemen dan aktiviti2 yang ada ni, nak telefon mak ayah pun lupa. Bila teringat pulak hari pn dah malam, kalau dh lewat malam 2 nak telefon pn takut dah tidor pulak..emm camtulah aku..sampai kadang2 diorang plk yang telefon aku sbb dh lama aku x telefon..rasa cm berdosa la plk..nak kata xde kredit 2 jarang la sangat coz aku xtelefon n mesej sape2 pn kcuali ada hal penting..suatu hari tu mak aku telefon..
mak: assalamualaikum, wt pe tu??lama xdgr citer...
me: waalaikumussalam..hehe..biasa la..sibuk ckit (cm2 alasan bagi) rasa bsalah pn ada gk..
mak: ooo..igtkan xde kredit..
emmm....camtu la lbh kurang dialog aku ngan mak hari tu..aku biasanya akn telefon mak aku 3 hari sekali gitula..kalau aku lambat telefon dia akan telefon aku..rasa gembira pn ada coz masih ada yang ingat kat aku..hehe..itulah mak ayah kita..klo kita yang tak ingat kat dia siapa lagi kan..walaupun aku jarang telefon, tapi doa aku kt mereka tetap ada tiap2 ari..lepas sembahyang aku selalu mendoakan kedua ibu bapaku..pernah terbaca satu artikel yang mengatakan kalau kita mendoakan ibu bapa kita insyaAllah rezeki kita akan terbuka luas. jadi, lepas sembanyang tu jgn lupa doa kt diorng skali, baca al-Fatihah pun dah cukup untuk diorang..at least ingat la jugak kt diorang yg telah membesarkan kita ni..klo mak ayah dh xde pn sama la..doa anak yang soleh tu takkan terputus sampai bila2 pun..
tak susah kan nak jadi anak yang baik..hehe
perlu taat arahan mereka selagi tak bercanggah dgn agama
dan mendoakan kesejahteraan mereka..insyaAllah syurga di bawah telapak kaki ibu.
jgn sekali2 derhaka kepada ibu bapa kita seperti yang berlaku kepada Si Tanggang.
kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa kita..
mood: miss my parents...can't wait to back home.
hayati lagu ni---------------->>>
No comments:
Post a Comment