Semoga berada dalam keadaan sihat selalu..
Semalam merupakan hari yang paling aku takuti
sebenarnya takde lah takut sangat cuma berdebar je..hehe
biasa la lepas habis exam mestila ada keputusannya
tapi cam biasa la, aku sebenarnya dah target camne keputusan aku untuk sem ni
bila tengok keputusan tu memang agak terkejut lah
sem ni yang paling teruk aku pernah dapat dan sem ni jugak buat pertama kali keputusan aku jatuh
nak kata sedih tu memang sedih, tapi aku bersyukur dan redha je dengan apa yang aku dapat
mungkin usaha aku hanya setakat itu sahaja
kalau fikir aku je yang kecewa, aku tahu orang lain mesti ramai lagi
nasihat kepada kawan-kawan yang kecewa jangan cepat putus asa
usaha lagi untuk sem depan..insyaAllah masih ada masa untuk kita buktikan
aku pun sebenarnya takdelah tabah manapun, mula-mula tu agak susah nak terima keputusan tu
tapi lepas solat dan doa banyak2, alhamdulillah dapat menerima seadanya
lagi-lagi bila teringat ramai lagi yang terima ujian lebih teruk dari kita
kalau kita ni gagal dalam peperiksaan, cuba kita fikir kembali
anak-anak kat palestin tu bermatian-matian berjuang musuh-musuh Islam
tapi mereka tak mengeluh pun malah lebih bersemangat untuk menentang musuh2 Allah..allahuakbar
setiap insan sebenarnya diuji dengan cara yang berbeza
cuma antara kita sedar atau pun tidak je sebenarnya
jadi, ayuh kita bangkit kembali untuk meneruskan perjuangan yang seterusnya
hayatilah lirik lagu menuju wawasan di bawah ni, semoga memberi kekuatan baru buat kita semua
wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amanah
sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat
aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari
umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amanah
sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat
aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari
umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
insyaAllah...sama-sama la kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang..gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya..dan yang berada di atas juga tidak akan selama-lamanya di atas sebab hidup ini ibarat roda, adakala di atas, adakalanya di bawah...bersyukurlah dengan apa yang kita dapat sebab mungkin itu adalah yang terbaik buat diri kita. kepada kawan-kawan yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah saya ucapkan semoga dapat mengekalkan apa yang kalian ada pada hari ini. kepada kawan-kawan yang kecewa, mungkin ada hikmah di sebaliknya...apa yang penting bukanlah keputusan yang kita dapat tapi ilmu yang kita peroleh..keputusan yang kita dapat hanyalah bidang terjun untuk kita berjaya dalam hidup, tapi ilmu yang kita dapat itulah yang akan membawa arah tuju kehidupan kita yang sebenar.
mood:: sedang motivate diri sendiri...:)
No comments:
Post a Comment