Assalamualaikum, apa khabar semua??
Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah..
Saat-saat ini hati memang agak sayu
sebabnya sudah lama tak balik kampung
hampir 3 bulan lebih aku tak balik ke kampung
dan selama itu jugak lah aku tak dapat jumpa family tercinta
sangat-sangat sedih...tapi ape pun kena kuatkan semangat jugak
dah lumrah hidup sebagai seeorang perantau...kenalah terima..
ya Allah, sesungguhnya hidupku dan matiku hanyalah untukMu
semoga masih ada kesempatan waktu untuk aku berjumpa ibu bapa dan adik2ku...insyaAllah
hari ni juga merupakan hari ibu
dan saya nak cakap kat mak bahawa mak adalah yang terbaik buat saya
tiada sape yang dapat menggantikan mak fil dunia wa akhirat
maafkan saya mak jika dh banyak buat salah pada mak
selalu tak dengar cakap mak, selalu sakitkan hati mak, selalu buat mak marah dll la
saya mintak ampun mak, saya memang budak yang degil,tapi dalam hati saya tetap sayang mak
mak, saya memang malu nk cakap saya sayang mak, tapi saya harap mak faham perasaaan saya
insyaAllah saya akan cuba untuk membagiakan mak suatu hari nanti
jasa mak memang tak dapat di balas sampai bila2
hanya doa yang mampu kuberikan sebagai balasannya
ya Allah engkau berilah aku kesempatan waktu untuk membalas jasa2 kedua-dua orang tuaku sewaktu mereka masih hidup. Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Semoga kita masih berpeluang membalas semua jasa2 mereka. Bagi yang telah tiada, doa dari anak yang soleh/solehah sentiasa berpanjangan...moga mereka berada dalam kalangan orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment