Assalamualaikum...apa khabar semua??
Semoga berada dalam keadaan sihat selalu..
Hari ini tertonton satu rancangan kat tv1 yang bertajuk Persada Jurnal
Semoga berada dalam keadaan sihat selalu..
Hari ini tertonton satu rancangan kat tv1 yang bertajuk Persada Jurnal
dan kupasannya adalah bertajuk "Menuntut ilmu hingga ke akhir hayat"
manakala pandangan-pandangan yang dikemukakan adalah dari pelajar dan pensyarah Unversiti Teknologi Petronas (UTP)
Alhamdulillah banyak perkara yang boleh diambil iktibar daripada rancangan ni..menuntut ilmu ni sebenarnya satu perkara yang sangat mulia, bahkan Nabi sendiri pun kata tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Dalam Islam sendiri, menuntut ilmu itu sangat dituntut sama ada ilmu dunia mahupun akhirat.
Antara persoalan yang dikemukakan adalah adakah menuntut ilmu ini untuk peperiksaan semata-mata ataupun untuk kita amalkan sepanjang hayat? kita boleh fikir-fikirkan sendiri. Sebenarnya, menuntut ilmu bukanlah untuk peperiksaan semata-mata, tapi ilmu yang kita dapat tu boleh diamalkan untuk kegunaan kita sehari-hari. Kadang-kadang saya sendiri pun belajar just untuk peperiksaan semata-mata, lepas habis exam dah tak ingat. Biasanya macam tu la adat sebagai pelajar. Tapi bila tengok kembali rancangan tadi saya berfikir sejenak, sebenarnya ilmu yang kita belajar tu banyak gunanya. Contohnya, saya sebagai bakal guru, nak mengajar nanti mestilah nak kena tahu semua perkara. Jadi, ilmu yang saya dapat sekarang la perlu diaplikasi untuk masa akan datang. Saya pun sebenarnya dah lupa apa yang saya belajar untuk semester-semester yang lepas sebabnya adalah belajar untuk dapat pointer yang tinggi lepas tu hilang macam tu je. Itulah kelemahan saya. Sebab itu, saya ingin mengajak saudara/ri supaya kita berfikir kembali apa matlamat sebenarnya kita belajar. Adakah untuk mendapat gred yang tinggi setiap kali exam atau nak dapat kerja yang bagus2 lepas keluar universiti??kita renung2kan sendiri.
Saya pun tak nak cerita panjang2, cukuplah kalau ilmu yang kita ada tu boleh memberi manfaat kepada diri kita dan orang sekeliling. Rasulullah pernah bersabda orang yang berilmu adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain. Seimbangkanlah ilmu duniawi dan ukhrawi agar kita boleh mencapai keredhaanNya. Pepatah arab ada mengatakan ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Oleh itu, sama-sama la kita berkongsi ilmu yang kita ada untuk kebaikan bersama. Di sini, saya tekankan untuk ilmu yang baik je, kalau ilmu yang tak bermanfaat tu tak payah la kita nak sebarkan sebab itu hanya akan mengundang dosa kepada kita.
Kesimpulannya, jadilah orang yang berilmu agar tak senang ditipu oleh orang lain. Satu lagi, amal dan istiqamah ilmu yang kita dapat walaupun saya tahu memang susah nak buat benda ni. Tapi kita cubalah yang termampu. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, insyaAllah.
p/s: maaf kalau merapu-rapu...hehe..sebenarnya takde idea sangat nak tulis..sekadar yang termampu untuk dikongsikan...:)
No comments:
Post a Comment