Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Monday, February 13, 2012

::14 Februari::

Assalamualaikum to all readers....

sempena 14 februari ni, saya nak update blog sikit. Kita semua tahu 14 februari merupakan hari valentine yang disambut oleh pasangan kekasih dan ia merupakan larangan dalam agama Islam kerana agama Islam itu telah mengharamkan couple apatah lagi untuk menyambut hari kekasih ini.

Tetibe saya teringat peristiwa pada suatu petang.

Pada petang itu, saya dan kawan-kawan keluar la jalan-jalan sebab sekarang memang tengah cuti. Kami ambil keputusan untuk pergi ke pantai untuk dapatkan ketenangan di samping menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Sedang kami berjalan-jalan, kelihatan dua orang wanita yang pertengahan umurnya, bertudung labuh dan boleh saya katakan mereka ini mungkin ustazah sedang berjalan-jalan sambil memberikan risalah kepada orang yang berada di pantai pada ketika itu. Sasaran mereka adalah remaja yang berdua-duaan dan juga remaja lain. Menurut kawan saya, risalah itu adalah berkaitan dengan pencegahan zina. Saya rasa kagum kerana masih ada lagi inisiatif daripada mereka ini untuk menyedarkan kita yang telah banyak leka daripada kehidupan Islam yang sebenar. Melihat remaja yang berdua-duaan ini, saya rasa sedih kerana mereka langsung tidak mempedulikan orang awam yang lalu lalang melihat telatah mereka. Mungkin perasaan malu itu langsung tidak ada dalam diri mereka pada ketika itu. Saya masih lagi bersangka baik sekiranya mereka itu mungkin telah berkahwin, tapi tak semua pasangan itu telah berkahwin memandangkan usia mereka masih lagi muda. Kalau ia pun nak bercinta tolong jaga batas pergaulan anda kerana saya tahu cinta itu memang fitrah dan susah nak elak tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang baik dan salah di sisi Islam. 

Pesan saya, jauhi zina dan say no to valentine day..:) that's a main point saya nak cakap. Ingat bahawa amal kita belum cukup untuk masuk ke syurgaNya dan sekiranya berlaku tsunami di pantai tersebut ketika anda buat maksiat, mampukah kita bertaubat pada saat itu. Mudah-mudahan kita tak tergolong dalam golongan tersebut. nauzubillah..

Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Peringatan buat diri sendiri dan sahabat.

~~pic from nasyid.fm~~

Wednesday, February 1, 2012

Kahwin: Kerja vs Belajar

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..

kahwin masa belajar atau kerja dulu??persoalan ini sentiasa menghantui kebanyakan remaja sekarang
ada yang berpendapat kerja dahulu lebih penting untuk stabilkan ekonomi kerana perkahwinan pun memerlukan duit
ada juga yang memilih untuk berkahwin masa belajar untuk mengelakkan maksiat dan dapat bagi sokongan dalam pelajaran.

~from page berita harian~


Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing yang ada pro dan kontra. Itu semua bergantung kepada individu itu sendiri sama ada mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri atau tidak. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang mudah. Kalau masih tak cukup ilmu rumah tangga jangan sekali-kali nak kahwin awal takut nanti jadi porak peranda. Memasak, mengemas rumah, jadi imam kepada keluarga, mengurus rumah tangga, semua itu memerlukan ilmu yang cukup.

Perlu diingat perkahwinan bukanlah untuk nafsu semata-mata, tetapi ia adalah suatu ibadah yang menjadi sunnah Rasulullah. Melalui perkahwinan inilah kita dapat melahirkan generasi Muhammad yang soleh dan solehah dengan cara yang halal. Itulah tujuan perkahwinan iaitu menghalalkan hubungan yang haram antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. 

Berbalik kepada persoalan kita tadi, berkahwin selepas kerja atau berkahwin semasa belajar.  

Selepas kerja
Sesetengah orang memilih untuk berkahwin selepas mendapat pekerjaan yang tetap. Hal ini ada kewajarannya kerana ekonomi yang stabil perlu untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan oleh keluarga terutamanya bagi lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, lelaki perlu memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak di samping tanggungjawab mereka kepada ibunya. Ini adalah perkara penting yang menjadi sebab kenapa mereka memilih untuk berkahwin selepas bekerja. Bagi perempuan pula, segala kemungkinan bakal berlaku dalam perkahwinan tersebut, memilih bekerja terlebih dahulu adalah untuk masa hadapan mereka seandainya perkara buruk menimpa mereka. Selain tu, ada gak yang nak bahagiakan kaluarga terlebih dahulu memandangkan mereka telah banyak berkorban untuk kita. That's mean mereka guna prinsip nak bahagiakan orang lain dulu sebelum bahagiakan diri sendiri..

Semasa Belajar
Trend sekarang, ramai mahasiswa/wi yang mengambil keputusan berkahwin masa belajar kerana ia adalah salah satu cara untuk mengelakkan maksiat. Lagipun, perkahwinan ini juga mampu menjadi pendorong kepada mereka untuk terus bersemangat untuk belajar setelah mendapat ikatan yang sah. Bukti pun dah banyak yang menunjukkan mereka mampu cemerlang dalam akademik walaupun telah berkahwin. Dalam hal ini kena pandai bahagikan masa la. Soal wang bagi mereka bukan masalah kerana rezeki ada di mana-mana selagi mereka berusaha, itu janji Allah.

Bagi saya pula, kalau dah jodoh tu takkan ke mana la. Ada orang nak kahwin awal tapi ada halangan keluarga tak dapat jugak. Itu semua bergantung pada keadaan, kalau dah selalu keluar sama-sama baik kahwin je terus takut nanti saham dosa kita bertambah. Bagi yang perempuan, perlu ingat, selagi kita tidak berkahwin, dosa yang kita buat tu tertanggung juga kat bahu ayah kita. Kalau kita tak kesian kat diri kita, kesianlah dekat ayah kita yer. Satu lagi, walaupun hubungan couple tu dah direstui oleh mak ayah kita, tak semestinya kita boleh lakukan sesuka hati kita. Yang haram tetap haram di mata Allah. Saya tidak pernah menghalang orang yang bercouple tapi pandai-pandailah menjaga batas pergaulan. Setiap tindakan kita perlulah difikirkan akibatnya tidak di dunia mungkin di akhirat sana. Allahurabbi.

p/s: saya nak kerja dulu, bahagiakan family, baru nak kawen..hehe..insyaAllah kalau ada jodoh..:)


Friday, May 6, 2011

CiNTa & ReMaJA

Assalamualaikum, ape khabar semua?
harapnya semua sihat2 slalu..

Hari ni saya ingin berbicara tentang perkara yang tak boleh dipisahkan daripada remaja, semestinya la CINTA..CINTA dan REMAJA semacam irama dan lagu, tak boleh dipisahkan. Saya percaya kebanyakan remaja mempunyai perasaan CINTA kerana umur remaja adalah umur peralihan dan memang sifat ingin tahu itu sangat tinggi. Dan saya juga percaya bahawa kebanyakan remaja mempunyai pengalaman tersendiri berkaitan cinta. Jujur saya katakan bahawa saya juga mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai tetapi perlulah ada batasnya. Teringat kata seorang ustaz kat matrik dulu, kalau kita tak ada perasaan cinta mencintai ni maknanya tak normal la kita, sebab Allah dah mencampakkan perasaan kasih sayang itu ke dalam setiap diri manusia. Saya pun sebenarnya kurang mengerti apa erti cinta yang sebetul-betulnya. Mungkinkah itu perasaan yang wujud antara seorang manusia kepada Penciptanya, seluruh ummat kepada Rasulnya, seorang ibu atau bapa kepada anaknya mahupun seorang lelaki terhadap seorang perempuan. Ya, itulah kebanyakannya yang selalu saya baca dalam artikel-artikel dan blog-blog. Ada orang tanya saya, pernah bercinta ke tak??susah saya nak jawab soalan tu sebab saya belum mengerti sepenuhnya. Mungkin saya pernah hampir-hampir ingin menuju ke jalan itu tetapi Allah masih ingin menjaga saya dan alhamdulillah saya adalah saya pada hari ini. Mungkin cinta saya kepada Allah masih belum kuat dan sebab itu juga lah Allah masih belum memberikan saya cinta seorang lelaki yang betul-betul boleh membimbing saya. Saya percaya Allah inginkan yang terbaik untuk diri saya walaupun kadangkala terfikir sendirian kenapalah orang lain semua dah ada pakwe, makwe kenapa aku tak ada. Tapi lepas tu saya fikir balik, ada hikmah disebalik anugerah Allah itu. Kalau kita tak ada pakwe or makwe maknanya kita boleh terhindar daripada dosa dalam erti kata lain, kita tak akan mesej/call, tak akan dating, tak akan buat maksiat, tak akan pegang tangan dan lain-lain la. Saya tak kata semua orang yang bercouple buat semua benda ni, tapi kebanyakannya macam tu lah. Lepas tu, saya tak payah fikir dah nk bagi hadiah pe ke time besday or anniversary dah sah jadi couple, then  xpayah nk fikir perasaan si dia or hidup terkongkong. Haa, nampak tak kelebihan yang Allah bagi kat kita, so kepada sape2 yang belum ada teman istimewa tu janganlah risau, Allah tahu yang terbaik buat kita. Bagi saya, nak bercouple tu tak salah, tapi niat tu mestilah untuk menuju ke alam perkahwinan dan bukanlah sekadar suka-suka untuk memuaskan hawa nafsu. Kadang-kadang sedih saya tengok remaja hari ni, sekejap bertukar-tukar pasangan macam tukar baju pulak dibuatnya senang-senang je boleh pilih2 lepas tu clash cari yang lain. Semoga saya tak tergolong dalam kalangan itu, nauzubillah. Apa pun cinta tu fitrah manusia yang tak dapat kita elak, cuma kita perlu mengawalnya supaya tak terjebak dalam gelumang dosa dan maksiat. Ingat kita memang diciptakan berpasang-pasangan tetapi biarlah dengan cara yang halal iaitu ikatan pernikahan. Semoga coretan saya ni dapat memberi sedikit manfaat untuk pembaca semua. Ingatan ini bukan ditujukan kepada pembaca sahaja tetapi kepada diri saya juga sebagai insan yang lemah. Saya juga pernah lakukan kesilapan dan semoga kesilapan-kesilapan yang lalu mampu membuatkan kita lebih matang dan berfikir.


CINTA mampu mengubah seseorang menjadi baik
CINTA juga mampu mengubah seseorang menjadi jahat

CINTA boleh mendekatkan diri kepada Allah
CINTA juga boleh menjauhkan diri daripada Allah

CINTA boleh menjadi pembakar semangat
CINTA juga boleh menghancurkan emosi

CINTA menjadikan diri kita semakin berhati-hati
CINTA juga menjadikan diri kita semakin hanyut

CINTA kadang2 buat kita bahagia
CINTA juga buat kita sengsara

cinta tidak semestinya memiliki
tapi cinta sentiasa dihati

Cinta bukan untuk kita jaja,
tetapi untuk kita jaga

Semoga aku sentiasa di bawah lindungan Allah dan aku berdoa semoga cintaku hanyalah milik bakal suamiku, insyaAllah. Jodoh pertemuan tu di tangan Allah. Aku yakin dengan ketentuanNya. Pesananku kepada kaum hawa, jangan terlalu cepat kita menilai seseorang yang hadir dalam hidup kita especially lelaki. Bukan nak berfikiran negatif, cuma sediakan payung sebelum hujan. Nanti kita juga yang akan merana dek pujukan kata-kata manis seorang lelaki yang belum pasti menjadi suami kita. Teringat lagu pujaan malaya yang berbunyi:

Mama
Bilang jangan ku percaya
Lelaki
Akan memuja hanya pada mulanya

Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia
Agar tak merana
 
Itu antara liriknya lah..nak dengar lagu penuh boleh la cari kat youtube..taip je pujaan malaya confem kuar..hehe...dengar lagu pun boleh ambik iktibar sebenarnya. Jangan dengar je pastu hilang macam tu je..at least sambil dengar ada la jugak input yang kita dapat. Ops..dah terlebih merepek lah pulak..ok2..rasanya cukuplah setakat ni dulu. Renung2kan dan selamat beramal..^_^


 p/s::cukuplah mencintai dalam diam jika belum bersedia..itu lebih baek..tp if dah bersedia tak salah kalau nk meluahkannya tapi dengan syarat guna cara yang betul.

Tuesday, February 1, 2011

Doa Cintanya Rasululullah s.a.w

Ya allah …..

Aku bermohon kepadaMu dan Kepada orang-orang yang mencintaiMu, dan aku mohonkan kepadaMu segala perbuatan yang akan membawaku untuk mencintaiMu melebihi kecintaanku kepada diriku dan keluargaku

Ya allah….

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku takuti dari segala sesuatu tutuplah segala kebutuhan keperluan duniaku dengan keinginan akan kerinduan hatiku untuk berjumpa denganMu. Jika Engkau menghibur mata-mata para pecinta dunia karena dunia mereka , maka hiburlah aku dengan selalu beribadah kepadaMu

Friday, January 28, 2011

Jauhkan Rindu

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.
- Artikel iluvislam.com

Friday, January 14, 2011

Cinta Itu Indah

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana .Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.

Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.

Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu..Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.

Cinta Seindah Yang Diucap.Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain
diberikan perhatian dan tumpuan, Sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah(melawan kehendak nafsu) menolak ajakan
kekasihnya kerana mengutamakanlarangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.

Tanda Cinta. Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya (muhrim@sebaliknya), saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain. Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.

Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan dan berakhlak mulia. Di antaranya Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."(Surah: Ali Imran,Ayat:146.)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."(Surah Ali-Imran,Ayat: 134)

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan
mencintai orang-orang yang mensucikan diri."(Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222)

Untungnya Orang Bercinta. Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut
mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta
itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang MahaPencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.

Rasulullah pernah bersabda :- Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Nafas CintaMu


"Hidup takkan bermakna tanpa gelak tawa..
Hidup takkan bererti tanpa dinikmati..
Saudaraku,hidup hanya sekali !!
Bergembiralah engkau sepuas hati !!

Kerana bila esok hari tua menerpa,
Pasti tidak berdaya mengharungi usia.."
Suara itu seakan merasuk qalbi..
TETAPI. . .
Bagaimana mungkin aku mampu tertawa?
Tika teringat dosa yang menimbun,
Sedang pahala tiada terhimpun,
Bagaimana mungkin aku mampu terlupa?
Pada azab yang tersedia di neraka?
Pada hari pembalasan yang pasti tiba?
Sedang diri tiada sedia..
Bagaimana mungkin aku mampu terleka?
Bergelak tawa sedang kubur makin hampir..
Berbahagia sedang diri akan tersingkir ..
Tergelincir dari dunia..
Tersungkur meniti akhirat..
Tercicir mengejar redhaNya
Cukuplah gelak tawa semalam meninggalkan noda..
Noda yang menjadi nakhoda bahtera dunia..
Tatkala dipukul ombak,nyaris maut ditelan ombak..
Mendambakan bahagia seluas langit angkasa..
Tapi kabur dibawa kabus sedang arah terpesong entah kemana..
Menguasai layar dunia tapi angin akhirat sentiasa memberi ingat.
Lemahnya diri menggadaikan iman demi dunia fana..
Jahilnya diri mempertaruhkan iman pada harta,
Lalu,
Berikan aku jawapan..
Bagaimana mungkin aku tertawa kerna dunia?
Dunia yang menjual leka dan kepuraan,
Dibeli dengan dosa yang berkuponkan neraka.
Walhal,
Tangisan jua yang menyedarkan..
Tangisan jua yang membangunkan...
Munajat hamba ke jalan yang Hasanah..
Lantas aku berterusan menangis,
Gelisah iman yang nipis ini terhakis..
Takut akan RedhaNya menghiris..
Risau syahadah yang tak tersebut
di hujung nafas maut..
"Ah,usiamu terlalu muda untuk bertaqwa!
Langkahmu masih jauh wahai anak muda,
Ayuh sementara masih ada masa,
Masih bertenaga dan berupaya..
Kita langgar saja batasan dan syariah yang ada..
Esok bila jasad dimamah usia..
Duduklah menghabiskan masa di tikar sejadah,
Allah kan Maha pengampun Maha Pemurah,
Pasti dia menerima amal dan ibadah.
Barulah hidup namanya!"
Suara ketiga terus memujuk rayu..
Tahukah kau apa sebenarnya CINTA?
Tahukah kau apa sebenarnya
RINDU?
Andai kau tahu,
Pasti bibirmu tak henti bertasbih,
Mensyukuri setiap detik nadi yang diberi..
Andai kau tahu,
Pasti jasadmu teguh pada sujud
dan bangun pada tahajud,
Andai kau tahu,
Pasti kering airmatamu menangisi
Limpahan kasih melalui kurniaan rezeki..
Di setiap penghujung s0lat dhuha..
Andai saja kau mengerti..
Pasti musibah menjadi bahagia..
Pasti sakit itu yang kau damba..
Pasti dahimu tak terangkat dari sejadah..
Pasti tangan mu lama menadah..
Mem0h0n Allah terus memberi hidayah..
Cinta yang didamba itulah Pemandu..
Cinta itulah yang menguatkan jiwa khalifah agar setia pada pencipta,
Cinta itulah yang merelakan hati berkorban tanpa balasan..
Cinta itulah yang akur pada ketetapan dan jujur pada perbuatan,
Cinta itu tetap mempesonakan walau dirempuh berjuta dugaan..
Rindu yang menerpa itu Pengajar..
Rindu itulah yang membasahimu dengan tangisan syukur,
Rindu itulah yang meneguhkan janji yang bersimpul,
Rindu itulah yang sentiasa menguji cinta khalifah pada penciptaNya..
Rindu itu tetap menggetarkan hati yang menyintaiNya..
Rindu itulah yang akan terus memuji walau disakiti..
Pada,
Masa yang sentiasa meninggalkan kita jauh.
Umur yang semakin bertambah mendekati langkah..
D0sa yang sentiasa mahu mengekori..
Amal yang masih terumbang-ambing di jalanan..
Iman yang sentiasa diuji ke mana arahnya..
Apakah yang lebih manis melainkan syurga ciptaanNya?
Sedang dunia yang hina lagi dipuja..
Apakah yang lebih seksa dari Azab Neraka?
Sedang hati masih 'wahan' terleka..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

::Kerana CintaMu...Aku Tinggalkan Cintanya::

Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dgn sahabat-sahabat sekalian. Tapi , setiap kali laptop saya buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati saya bagai ditarik-tarik untuk menulis.Saya sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam,saya akan makin tersiksa dalam dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah ampuni saya atas segala apa yang saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah tetapkan kepada saya.

Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dalam tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yg sama dan dalam jurusan yang sama di Bangi. Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yang punya fitrah untuk dicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi dan tidak pernah saya isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan sepi. Hinggalah akhirnya saya bertemu dengan seseorg.

Pertemuan saya dan dia terjadi sewaktu saya mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami bermula hanya melalui sms dan demi Allah , saya ikhlas menghulurkan salam persahabatan padanya hanya kerana Allah. Tapi, semua yang terjadi telah ditakdirkan , dan saya tidak menduga akhirnya saya mula jatuh cinta dengan dirinya. Saya sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula bercambah. Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu saya sendiri yg berikan padanya kerana pada saya dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah? Erm,hanya Allah dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya.

Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut untuk bertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata segalanya boleh terjadi. Walaupun antara saya dan dia , kami tidak pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms itu menambat hati saya. Saya senang berbicara soal-soal agama dengannya, Namun, iman saya mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa cara saya itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan saya akhirnya menyedari kesilapan itu.

Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi saya. Ianya mungkin nampak agak baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah. Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haq tetap haq. Allah pernah berfirman :

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” (Surah Al-Ankabut,29:38)

Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada saya ialah, syaitan telah buat saya pandang baik pada perkara buruk yang saya lakukan. Memang pada mulanya niat saya baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat saya terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Matlamat baik saya itu tidak pernah menghalalkan cara saya. Selama hampir setahun saya leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya saya menyedari kesilapan yang telah saya lakukan ini. Saya terlalu asyik dengan cinta ini sehingga saya terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, saya rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Saya telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak saya telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi saya tahu yang saya telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.


Saya panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada saya dan saya kembali menyedari kesilapan yang saya lakukan. Silap saya kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya saya begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Saya seharusnya sedar pada siapa harus saya lafazkan cinta itu..hanya utk Allah ,Pemilik Cinta Teragung dan rasul-Nya.

Terus-terang saya katakan yang saya jadi malu dengan diri saya sendiri, dengan Allah dan dengan dia sekali. Kini , untuk kembali mencari keredhaan dari-Nya saya tinggalkan cinta di hati saya ini,ia hanya untuk Allah. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi saya.

Saya mengaku, saya sering kali terluka dan saya sebenarnya tidak kuat untuk melakukan itu , tapi saya perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaan-Nya. Saya terpaksa berperang dengan hati dan perasaan saya sendiri.

Sewaktu saya mentaddabur Al-Quran, ada satu ayat yang membuatkan saya berfikir sejenak bahawa wajib bagi saya berperang dengan perasaan ini. Saya tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini. Surah Al-Baqarah, ayat 216:

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kini , segala apa yang pernah ada kaitan antara saya dan dia telah saya simpan. Gambarnya yang saya simpan secara curi-curi, dairi saya yang penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya dan semua sms nya yang saya simpan dalam buku, saya simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yang saya pegang dan bawa kemana-mana saja , saya tidak tegar untuk menyimpan pemberiannya yang itu di dalam kotak. Nak tahu apa?

TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yg berwarna coklat itulah yang banyak memuhasabah diri saya. Kerana Al-Quran itulah saya akhirnya sedar akan segala kesilapan saya. Jadi, TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu untuk selama-lamanya.

Dia kini sudah tamat diplomanya di Bangi dan alhamdulillah saya sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya , dimana dia sudah menyambung ke peringkat degree di Shah Alam. . tapi insyaAllah saya yakin dia bahagia sekarang kerana doa saya untuknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Illahi. Apa yang terjadi antara saya dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami ..tidak..!! Haram untukk seorg muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun , dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada saya bahawa ini yang terbaik dan saya terima dengan senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah di hati saya dan biarlah masa yg tentukan siapa dia pada saya di masa hadapan.

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

Saya tahan keinginan di hati ini kerana saya yakin Allah akan kurniakan sesuatu yang halal bagi saya. Semoga satu hari kelak saya akan berjumpa dengan “putera agama” saya yang akan dapat menambahkan lagi cinta saya pada Illahi.


p/s>>cerita ini diambil drp artikel iLuvIslam yg diposkan oleh seorang hamba Allah...

Kenapa Aku Masih Solo??

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.


Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.