Friday, May 6, 2011

CiNTa & ReMaJA

Assalamualaikum, ape khabar semua?
harapnya semua sihat2 slalu..

Hari ni saya ingin berbicara tentang perkara yang tak boleh dipisahkan daripada remaja, semestinya la CINTA..CINTA dan REMAJA semacam irama dan lagu, tak boleh dipisahkan. Saya percaya kebanyakan remaja mempunyai perasaan CINTA kerana umur remaja adalah umur peralihan dan memang sifat ingin tahu itu sangat tinggi. Dan saya juga percaya bahawa kebanyakan remaja mempunyai pengalaman tersendiri berkaitan cinta. Jujur saya katakan bahawa saya juga mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai tetapi perlulah ada batasnya. Teringat kata seorang ustaz kat matrik dulu, kalau kita tak ada perasaan cinta mencintai ni maknanya tak normal la kita, sebab Allah dah mencampakkan perasaan kasih sayang itu ke dalam setiap diri manusia. Saya pun sebenarnya kurang mengerti apa erti cinta yang sebetul-betulnya. Mungkinkah itu perasaan yang wujud antara seorang manusia kepada Penciptanya, seluruh ummat kepada Rasulnya, seorang ibu atau bapa kepada anaknya mahupun seorang lelaki terhadap seorang perempuan. Ya, itulah kebanyakannya yang selalu saya baca dalam artikel-artikel dan blog-blog. Ada orang tanya saya, pernah bercinta ke tak??susah saya nak jawab soalan tu sebab saya belum mengerti sepenuhnya. Mungkin saya pernah hampir-hampir ingin menuju ke jalan itu tetapi Allah masih ingin menjaga saya dan alhamdulillah saya adalah saya pada hari ini. Mungkin cinta saya kepada Allah masih belum kuat dan sebab itu juga lah Allah masih belum memberikan saya cinta seorang lelaki yang betul-betul boleh membimbing saya. Saya percaya Allah inginkan yang terbaik untuk diri saya walaupun kadangkala terfikir sendirian kenapalah orang lain semua dah ada pakwe, makwe kenapa aku tak ada. Tapi lepas tu saya fikir balik, ada hikmah disebalik anugerah Allah itu. Kalau kita tak ada pakwe or makwe maknanya kita boleh terhindar daripada dosa dalam erti kata lain, kita tak akan mesej/call, tak akan dating, tak akan buat maksiat, tak akan pegang tangan dan lain-lain la. Saya tak kata semua orang yang bercouple buat semua benda ni, tapi kebanyakannya macam tu lah. Lepas tu, saya tak payah fikir dah nk bagi hadiah pe ke time besday or anniversary dah sah jadi couple, then  xpayah nk fikir perasaan si dia or hidup terkongkong. Haa, nampak tak kelebihan yang Allah bagi kat kita, so kepada sape2 yang belum ada teman istimewa tu janganlah risau, Allah tahu yang terbaik buat kita. Bagi saya, nak bercouple tu tak salah, tapi niat tu mestilah untuk menuju ke alam perkahwinan dan bukanlah sekadar suka-suka untuk memuaskan hawa nafsu. Kadang-kadang sedih saya tengok remaja hari ni, sekejap bertukar-tukar pasangan macam tukar baju pulak dibuatnya senang-senang je boleh pilih2 lepas tu clash cari yang lain. Semoga saya tak tergolong dalam kalangan itu, nauzubillah. Apa pun cinta tu fitrah manusia yang tak dapat kita elak, cuma kita perlu mengawalnya supaya tak terjebak dalam gelumang dosa dan maksiat. Ingat kita memang diciptakan berpasang-pasangan tetapi biarlah dengan cara yang halal iaitu ikatan pernikahan. Semoga coretan saya ni dapat memberi sedikit manfaat untuk pembaca semua. Ingatan ini bukan ditujukan kepada pembaca sahaja tetapi kepada diri saya juga sebagai insan yang lemah. Saya juga pernah lakukan kesilapan dan semoga kesilapan-kesilapan yang lalu mampu membuatkan kita lebih matang dan berfikir.


CINTA mampu mengubah seseorang menjadi baik
CINTA juga mampu mengubah seseorang menjadi jahat

CINTA boleh mendekatkan diri kepada Allah
CINTA juga boleh menjauhkan diri daripada Allah

CINTA boleh menjadi pembakar semangat
CINTA juga boleh menghancurkan emosi

CINTA menjadikan diri kita semakin berhati-hati
CINTA juga menjadikan diri kita semakin hanyut

CINTA kadang2 buat kita bahagia
CINTA juga buat kita sengsara

cinta tidak semestinya memiliki
tapi cinta sentiasa dihati

Cinta bukan untuk kita jaja,
tetapi untuk kita jaga

Semoga aku sentiasa di bawah lindungan Allah dan aku berdoa semoga cintaku hanyalah milik bakal suamiku, insyaAllah. Jodoh pertemuan tu di tangan Allah. Aku yakin dengan ketentuanNya. Pesananku kepada kaum hawa, jangan terlalu cepat kita menilai seseorang yang hadir dalam hidup kita especially lelaki. Bukan nak berfikiran negatif, cuma sediakan payung sebelum hujan. Nanti kita juga yang akan merana dek pujukan kata-kata manis seorang lelaki yang belum pasti menjadi suami kita. Teringat lagu pujaan malaya yang berbunyi:

Mama
Bilang jangan ku percaya
Lelaki
Akan memuja hanya pada mulanya

Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia
Agar tak merana
 
Itu antara liriknya lah..nak dengar lagu penuh boleh la cari kat youtube..taip je pujaan malaya confem kuar..hehe...dengar lagu pun boleh ambik iktibar sebenarnya. Jangan dengar je pastu hilang macam tu je..at least sambil dengar ada la jugak input yang kita dapat. Ops..dah terlebih merepek lah pulak..ok2..rasanya cukuplah setakat ni dulu. Renung2kan dan selamat beramal..^_^


 p/s::cukuplah mencintai dalam diam jika belum bersedia..itu lebih baek..tp if dah bersedia tak salah kalau nk meluahkannya tapi dengan syarat guna cara yang betul.

No comments:

Post a Comment