Friday, March 11, 2011

Kuasa Allah (Tsunami di Jepun)

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah krn masih diberi peluang untuk hidup atas muka bumi ini..
Terkejut sekejap dgn berita negara Jepun yg dilanda gempa bumi dgn magnitude 8.9 dan juga berlakunya tsunami. Negara2 sekitarnya juga turut terkena tempiasnya seperti China. Melalui video yang saya tengok juga kejadian yang berlaku amat dahsyat dan mengingatkan saya peristiwa tsunami yg berlaku di Acheh pada tahun 2004 yg turut melanda Malaysia. Kuasa Allah tiada siapa yang tahu, Allah itu Maha Besar dan Maha Kuasa. Dia berhak untuk menarik balik apa yang dikurniakanNya dan pastinya ada hikmah di sebalik kejadian itu. Risau juga dengan kawan-kawan yang ada kat sana, hopefully mereka semua selamat. Berita ni saya tahu melalui fb lebih kurang kol 4 petang tadi. Lepas tu dh banyak video2 yg di post menggambarkan tsunami tersebut. Ya Allah hebat sungguh kuasaMu, dalam sekelip mata sahaja Engkau boleh memusnahkan sebahagian bumi Jepun itu. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat dan sama2 la kita doakan semua rakyat Malaysia yg berada kat sana. Kawan-kawanku (Irsya ,Salam dll)yg belajar kat sana diharap semuanya selamat.
Amik iktibar drp peristiwa ni..dan ingatlah bahawa gempa bumi adalah salah satu tanda2 kiamat. 

"Sesungguhnya keadaannya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman: "Jadilah!!!" maka terjadilah ia. Maka Maha Suci Allah yang ditangannya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan" (Surah Yassin, 82-83)

No comments:

Post a Comment