Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum...semoga sahabat sahabiah sekalian masih lagi berada dalam lindungan Allah S.W.T

hari ini saya ingin berbicara tentang PUASA memandangkan bulan Ramadhan sudah hampir menjemput kita dan sebelum kita menjalani ibadah puasa nanti, saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan ibadah puasa iaitu rukun Islam yang ketiga.

Makna Puasa

  • Bahasa----> menahan diri daripada sesuatu
  • Syarak----> menahan diri daripada perkara2 yg membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud: wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa. (surah al-baqarah:183)
Syarat Wajib Puasa 

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Sihat
  • Bermukim
  • Suci
Syarat Sah Puasa
  • Islam
  • Berakal/mumayyiz
  • Suci drp haid dan nifas
  • Nyata masuknya bulan Ramadhan
Rukun-Rukun Puasa
  • Orang yang berpuasa
  • Berniat
  • Menahan diri drp perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan atau minum dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Keluar haid dan nifas
  • Gila
  • Murtad
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja
  • Bersetubuh pada siang hari
Perkara Sunat Ketika Berpuasa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Berbuka dengan buah tamar/juadah manis
  • Membaca doa
  • Melambatkan sahur
  • Menunaikan solat sunat terawih
  • Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat, buat amal kebajikan
  • Sentiasa bersedekah
  • Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yg tidak memberi manfaat
  • Mandi junub lebih awal, sebelum masuknya waktu Subuh.
Banyak lagi sebenarnya yang kita perlu tahu tentang ibadah puasa ni, tapi saya hanya ingin memberitahu perkara yang asas sahaja dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahuinya supaya ibadah puasa yang bakal kita jalani nanti akan lebih sempurna. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya kerana mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Sama-samalah kita mencari keredhaan Allah di bulan yang mulia ini. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubaraq kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu makna dalam diri kita..:)

sumber rujukan: buku Indahnya Hidup Bersyariat






No comments:

Post a Comment