Monday, February 21, 2011

SeKitaR PRK::Undi CalOn @ IdeOloGi

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ini saya masih diberi peluang bernafas dlm nikmat iman dan islam..
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Di sini saya ingin menyuarakan sedikit pandangan saya berkenaan isu yg sedang hangat melanda mana-mana universiti di Malaysia sekarang ini termasuk la di universiti saya sendiri iaitu Pilihan Raya Kampus (PRK). Saya sebenarnya lebih suka menjadi pemerhati bebas daripada menjadi ahli dalam sesebuah parti itu sendiri. Bebas bukannya bermakna tidak ada pendirian tetapi kita sendiri dapat menilai mana yang baik dan buruk. Jika boleh berfikir secara rasional kenapa memilih emosi dalam membuat keputusan. Allah kurniakan akal kpd satu-satunya makhluk ciptaanNya iaitu manusia, tetapi adakah kita menggunakannya sebaik mungkin??atau kita lebih melebihkan emosi dan nafsu kita??renung-renungkanlah.

Di kampus saya sendiri, kempen prk begitu hangat sekali dengan pelbagai parti yang bertanding yang membawa ideologi yang tersendiri. Pelbagai manifesto dilemparkan oleh calon-calon yang bertanding untuk meraih undi. Semester dahulu saya mungkin tidak tahu apa-apa tentang prk tetapi pada kali ini saya lebih tahu apa itu sebenarnya prk. Calon-calon yang bertanding ada kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri sebab manusia itu bersifat tidak sempurna. Tetapi pilih la calon yang terbaik antara mereka. Ada yang memperjuangkan unsur agama dalam perjuangan mereka dan tidak kurang juga ada yang memfitnah. Saya dapat lihat di sini berpecahnya umat Islam di akhir zaman ini. Hanya kerana untuk menjadi pemerintah atau pemimpin kita bergaduh sesama sendiri, alangkah ruginya kita. Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz masa sekolah dulu di mana Saidina Abu Bakar As-Siddiq menangis-menangis apabila dirinya dicalonkan menjadi khalifah.  Ini nak menunjukkan bahawa amanah yang dibawa oleh seorang pemimpin sangat la berat sampai baginda tidak sanggup menerima amanah itu. Subhanallah, hingga begitu sekali pemimpin pada ketika itu. Tetapi pada hari ini, kita dapat melihat semua orang berebut-rebut untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi dan sentiasa bermegah-megah dengan apa yang mereka ada. Ingat bahawa kita sama sahaja di sisi Allah dan yang membezakan kita hanyalah keimanan dan ketaqwaan kita.

"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku. (kata-kata Saidina Abu Bakar as-Siddiq)

Suasana prk kali jauh lebih hangat berbanding semester yang lepas. Ramai calon yang bertanding untuk kali ini bagi merebut 29 kerusi yang dipertandingkan. Berkesempatan untuk turun rapat umum membolehkan saya berfikir sejenak tentang situasi prk pada kali ini. Saya mendengar bukan satu pihak sahaja tetapi untuk kesemua pihak yang bertanding. Memandangkan semester kali ini saya mengambil subjek politik, keinginan untuk mengetahui politik kampus juga sangat membara. Sesekali saya ingin tahu juga apa itu politik yang sangat diminati ramai itu di mana  sebelum ini saya sangat tidak berminat dan hanya pandang sebelah mata sahaja bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kali ini saya dapat rasa sendiri kenapa seseorang itu begitu berminat dengan politik sehingga ada yang terlalu taksub. Tidak kisah la siapa yang anda sokong yang pastinya sikap terlalu taksub itu bakal merosakkan pemikiran kita dan menjadikan kita tidak boleh berfikir secara rasional. Nabi sendiri pun menyuruh umatnya agar besederhana dalam semua perkara yang kita lakukan jadi apa salahnya kita mengikut sunnah nabi. 

Mempolitikkan agama juga merupakan suatu perkara yang perlu dipandang serius. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh memperlekehkan atau mempermainkan isu agama sesuka hati sahaja semata-mata untuk mendapat perhatian. Islam merupakan agama yang syumul dan terpelihara jadi janganlah mencemarinya dengan isu-isu untuk kepentingan mana-mana pihak. Saya berasa amat sedih sekali apabila sesetengah pihak hanya pandai bercakap tentang Islam tetapi masih belum memahami maksud Islam yang sebenar. Mampukah kita mempengaruhi orang lain tentang Islam sekiranya kita sendiri masih belum kukuh, semestinya tidak kan. Hampir mengalir air mata ini apabila umat Islam saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, keji mengeji dan banyak lagi demi untuk kepentingan politik. Dalam bermanifesto sekalipun tidak perlu rasanya kita membuat tohmahan dan fitnah kepada orang lain. Kita semua saudara seagama dan jika ada kesilapan tegurlah dengan cara yang berhemah dan musyawarah yang dianjurkan oleh Rasulullah dahulu. Jika dahulu Rasulullah sendiri baik dengan sesiapa sahaja termasuklah musuhnya sendiri tidak bolehkah kita berbuat begitu pada masa sekarang??Rasulullah tidak pernah membalas keburukan yang dilakukan oleh musuhnya malah sentiasa mendoakan kebaikan mereka. Ada suatu cerita di mana seorang kafir ini sering melontar najis kepada baginda dalam perjalanan ke masjid tetapi baginda tetap tenang. Sehingga suatu hari, orang ini tidak lagi melempar najis tersebut dan Rasulullah sendiri pun hairan kenapa orang itu tidak berbuat demikian. Rasulullah pun bertanyakan kepada sahabat dan para sahabat menjawab bahawa orang itu sedang sakit dan terlantar di kamarnya. Rasulullah pun menyuruh isteri baginda membuat makanan yang enak-enak untuk menziarahi orang kafir itu. Tidak lupa juga bahawa Rasulullah mendoakan kebaikannya dan orang kafir itu sungguh terkejut sekali dengan kehadiran Rasulullah. Dengan sekelip mata sahaja orang itu berubah dan menjadi sahabat setia Rasulullah. Nak cakap kat sini bahawa memberi maaf dan mendoakan kebaikan orang lain itu sangat penting walaupun sering dibalas dengan kejahatan. Kita mungkin tidak mampu untuk menjadi sehebat dan setabah Rasulullah tetapi kita boleh mencontohi perkara ini dalam banyak perkara termasuklah politik. Jika pihak lawan bermain secara kotor, kita bermainlah secara baik. Bukannya melawan balik apa yang dilemparkan kepada kita. Diam bukan beerti kita kalah tetapi diam lebih baik daripada mengatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Ingat bahawa Allah itu sentiasa ada untuk orang yang benar. Kita hanya mampu merancang hanya Allah sebaik-baik perancang. Allah itu Maha Mengetahui dan Dia tahu apa yang terbaek untuk hambaNya.

Tahniah kepada calon-calon yang menang dan diharapkan segala manifesto yang dijanjikan akan ditunaikan. Bila Allah telah memilih kita untuk menjadi pemimpin, maka jalankanlah amanah tersebut dengan baik. Kebajikan mahasiswa adalah kewajipan anda. Bagi yang kurang berjaya bukan bermakna anda gagal tetapi Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. InsyaAllah apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Juz di sini saje la pandangan saya buat kali ini. Semoga perubahan yang dijanjikan mampu dilaksanakan. Pemimpin adalah untuk orang bawahan, bekerjalah bersama-sama mereka bukannya hanya pandai memberi arahan dan berkata-kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Wallahu'alam.

p/s: kepada semua calon mpp yang terpilih jalankan tanggungjawab anda dengan baik, tidak kira lah dari parti mana anda bertanding sekalipun, pastikan suara mahsiswa di dengari. Pemimpin yang baik adlah yang sentiasa dekat dengan rakyatnya.

sekitar PRK----------->>>

rapat umum di foyer KAB

salah seorang calon yang bertanding a.k.a aini

calon fakulti FSK



my housemate yg turut sama tampal poster



poster-poster yang ada di sekitar kolej

Saturday, February 12, 2011

Terfikirkah Kita???

assalamualaikum sumer kwn2...
harap sihat2 sumer yer...=)
saje nk kongsi ckit, moga2 ade manfaat utk kite sumer...

Terdapat 4 ciptaan Allah yg ade diceritakan dlm al-Quran & dpt dijadikan pengajaran untuk kite sumer...



1) Bukit : Sangat teguh berdiri.Datanglah ape jer cabaran,ribut petir ker,tsunami ker...dye tetap teguh berdiri...sentiasa ISTIQAMAH menurut perintah ALLAH,x penah tunduk pada dugaan yg dtg.



2) Unta yg berjalan di padang pasir : Berjalan di padang pasir yg sgt luas,x nampak arah tujuan dgn jelas...Tp x penah putus asa pd ALLAH,tetap teruskan perjalanan dengan TAWAKAL & YAKIN bahawa akan ditunjukkan jalan yg benar oleh ALLAH S.W.T. suatu hari nanti.


3) Langit : Diciptakan oleh ALLAH supaya hamba2NYA BERCITA-CITA TINGGI. Terdapat banyak lapisan langit,agar kite sumer terus berusaha untuk menjadi lebih baik dr hari ke hari.


4) Bumi : Sentiasa dipijak-pijak,dibuang segala kotoran yg ade ke atas muka bumi,melakukan perbuatan yg keji & hina di atas muka bumi.Tp, di dlmnye terdapat byk bnda yg bernilai,emas,minyak,timah & mcm2...Kita dituntut utk MERENDAH DIRI walaupun memiliki sesuatu kelebihan.Hilang sifat riak.Jadilah seperti bumi yg selalu dipijak tetapi menyimpan pelbagai khazanah yg sgt bernilai.

Hebat2 kn ciptaan ALLAH? Hebat cara ALLAH lakukan untuk mengajar hamba2NYA menjalani kehidupan atas muka bumi,supaya berfikir...

ALLAH MAHA BIJAKSANA & MAHA MENGETAHUI cara utk mentarbiyah dan mengajar hamba2NYA.DIA juga ada menyebut,utk hidup dgn selamat & berkat dunia akhirat, kite sumer mesti jage hubungan dgn ALLAH & hubungan sesame manusia.

Dh jd tanggungjwab kite utk menjadi khalifah di muka bumi nie. Ingatlah, kejadian kite sebagai manusia adalah sebaik-baik kejadian. Jangan kerana hasutan syaitan yg dilaknat tu,menjadikan kite sbgai ciptaan yg lebih hina drpd binatang! Na'uzubillah...

Harap yg baik tu dpt kite amalkn,yg buruk plak buang jauh2 yer...
 ~sebar2kn ilmu,amalkn ilmu yg ada  supaya ilmu itu x terperap menjadi pekasam yg berulat~

Wallahu'alam... =)

p/s: nukilan Ahmad Izaha Tarmizi..(my ketua form masa kt SMSD dulu)

Luahan Hati Manusia Biasa

bismillahirrahmanirrahim.....
as salam tuk semua.....hari ni terasa seperti ingin mencoret sesuatu buat tatapan teman-teman sekalian. Sudah agak lama jari jemari ini tidak menaip untuk mengupdate blog ini...hari ni xnak cter panjang...juz nk muhasabah diri je...hope kita smua dpt amk iktibar, amal dn sampaikan (ayt seorang naqib mse kt skol dlu).

firstly kita renung balik apa yg kita dh buat sepanjang berada di atas muka bumi Allah ni..
sepanjang usia kita ni...berapa byk dosa & pahala yg kita buat...
mungkin kita sendiri sebenarnya tidak sedar...
sbb dosa dan pahala tu adlh subjektif...
tp kita sendiri boleh fikir dn dapat bezakan mana 1 baik dn buruk..
aku sndiri pn xterlepas dr buat semua tu...
terfikir jgk klo nk nasihat org ni...
nanti ada yg kata"alah..nk nasihat org..diri sendiri pn xterjaga.."
ada sesetengah kata jgn melihat org yg menyampaikan ilmu ttp lihat ilmu yg disampaikan..
walau seburuk atau sejahat mana pn org tu..klo ilmu yg disampaikannya memberi manfaat apa salahnya kita ikot..itu atas pendapat masing2 la..
jadi kita xboleh kata dia nasihat org,,tp dia sendiri yg buat...
mmg itu salah dia,,tp amk la nasihat yg dia bg tu sbg peringatan...
jika kita pn buat benda yg sama mcm dia..maknanya kita pn bodoh la kn..(sory la ayt kasar ckit)
atas dunia ni...semua manusia tu sama je di sisi Allah...
yg membezakannya adalah keimanan dan ketaqwaan kita kpd Allah...
selagi kita bergelar manusia ni..
salah dn silap tu ttap ada..
sbbnya kita hanyalah insan hina dan kerdil di sisi Allah..
ttapi ingatlah bahawa kita adlh semulia2 makluk ciptaanNya..
buktinya...malaikat dan iblis pn terpaksa tunduk semasa Adam diciptakan...
Subhanallah...betapa beruntungnya kita..
Tp adakah kita pernah bersyukur??
Mungkin ada yg menjawab 'ya' ttp berapa ramaikah??
Tepuk dada tanyalah iman masing2...
Manusia dicipta dgn sebaik2 kejadian..
Itulah istimewanya kita berbanding dengan makhluk Allah yg lain..
Tp apakah balasan yg pernah kita berikan kpd Pencipta kita??
Sembahyang 5 waktu, puasa, zakat.menunaikan haji...
Adakah itu sudah cukup untuk membalas jasaNya yg tlh mencipta kita dgn akal dn tubuh bdn yg begitu unik..
Rasanya itu masih belum cukup...
Segala suruhanNya pn kadangkala kita lalai utk melaksanakan..
Tak nak cakap kt org lain la...diri sendiri pn sama je...
Itulah hakikat kita yg bergelar manusia..insan yg selalu lupa..
Tapi Allah tidak pernah berputus asa untuk menerima taubat hambaNya...
Sbb Allah itu bersifat maha pengampun..
Sentiasa mendengar doa dan taubat hambaNya..
Jadi semua itu terpulang kpd kita untuk menentukan siapa kita dihadapanNya..
Kesimpulannya renung2kn lah blik siapa kita sebenarnya..
If dpt muhasabah diri hari2 sebelum tido lg baik...
Sbb kita xthu bila ajal kita akn sampai...
Smoga kita dapat mengecapinya dlm kemanisan iman..insyaAllah..

p/s: peringatan utk diri sendiri yg masih bermujahadah serta buat teman2 sekalian....nafsu adlh musuh utama kita....jika nafsu dpt di didik dgn baik...insyaAllah selamat dunia akhirat...


~~nk berubah ke arah kebaikan itu mmg mudah, tp nk istiqamah dlm perjuangan tu amatlah susah~~
~~smoga kita ditetapkan iman dalam mencari keredhaanNya~~

ini hanya luahan hatiku yg bergelar seorang manusia biasa yg lemah..if ada tersilap kata @ bicara harap dimaafkn..same2 la kita nasihat menasihati untuk menjadi yang lebih baik..."sebodoh2 manusia ialah org yg tdk boleh menerima teguran drp org lain".



~wassalam~

Tuesday, February 1, 2011

Doa Cintanya Rasululullah s.a.w

Ya allah …..

Aku bermohon kepadaMu dan Kepada orang-orang yang mencintaiMu, dan aku mohonkan kepadaMu segala perbuatan yang akan membawaku untuk mencintaiMu melebihi kecintaanku kepada diriku dan keluargaku

Ya allah….

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku takuti dari segala sesuatu tutuplah segala kebutuhan keperluan duniaku dengan keinginan akan kerinduan hatiku untuk berjumpa denganMu. Jika Engkau menghibur mata-mata para pecinta dunia karena dunia mereka , maka hiburlah aku dengan selalu beribadah kepadaMu