Monday, February 21, 2011

SeKitaR PRK::Undi CalOn @ IdeOloGi

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ini saya masih diberi peluang bernafas dlm nikmat iman dan islam..
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Di sini saya ingin menyuarakan sedikit pandangan saya berkenaan isu yg sedang hangat melanda mana-mana universiti di Malaysia sekarang ini termasuk la di universiti saya sendiri iaitu Pilihan Raya Kampus (PRK). Saya sebenarnya lebih suka menjadi pemerhati bebas daripada menjadi ahli dalam sesebuah parti itu sendiri. Bebas bukannya bermakna tidak ada pendirian tetapi kita sendiri dapat menilai mana yang baik dan buruk. Jika boleh berfikir secara rasional kenapa memilih emosi dalam membuat keputusan. Allah kurniakan akal kpd satu-satunya makhluk ciptaanNya iaitu manusia, tetapi adakah kita menggunakannya sebaik mungkin??atau kita lebih melebihkan emosi dan nafsu kita??renung-renungkanlah.

Di kampus saya sendiri, kempen prk begitu hangat sekali dengan pelbagai parti yang bertanding yang membawa ideologi yang tersendiri. Pelbagai manifesto dilemparkan oleh calon-calon yang bertanding untuk meraih undi. Semester dahulu saya mungkin tidak tahu apa-apa tentang prk tetapi pada kali ini saya lebih tahu apa itu sebenarnya prk. Calon-calon yang bertanding ada kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri sebab manusia itu bersifat tidak sempurna. Tetapi pilih la calon yang terbaik antara mereka. Ada yang memperjuangkan unsur agama dalam perjuangan mereka dan tidak kurang juga ada yang memfitnah. Saya dapat lihat di sini berpecahnya umat Islam di akhir zaman ini. Hanya kerana untuk menjadi pemerintah atau pemimpin kita bergaduh sesama sendiri, alangkah ruginya kita. Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz masa sekolah dulu di mana Saidina Abu Bakar As-Siddiq menangis-menangis apabila dirinya dicalonkan menjadi khalifah.  Ini nak menunjukkan bahawa amanah yang dibawa oleh seorang pemimpin sangat la berat sampai baginda tidak sanggup menerima amanah itu. Subhanallah, hingga begitu sekali pemimpin pada ketika itu. Tetapi pada hari ini, kita dapat melihat semua orang berebut-rebut untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi dan sentiasa bermegah-megah dengan apa yang mereka ada. Ingat bahawa kita sama sahaja di sisi Allah dan yang membezakan kita hanyalah keimanan dan ketaqwaan kita.

"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku. (kata-kata Saidina Abu Bakar as-Siddiq)

Suasana prk kali jauh lebih hangat berbanding semester yang lepas. Ramai calon yang bertanding untuk kali ini bagi merebut 29 kerusi yang dipertandingkan. Berkesempatan untuk turun rapat umum membolehkan saya berfikir sejenak tentang situasi prk pada kali ini. Saya mendengar bukan satu pihak sahaja tetapi untuk kesemua pihak yang bertanding. Memandangkan semester kali ini saya mengambil subjek politik, keinginan untuk mengetahui politik kampus juga sangat membara. Sesekali saya ingin tahu juga apa itu politik yang sangat diminati ramai itu di mana  sebelum ini saya sangat tidak berminat dan hanya pandang sebelah mata sahaja bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kali ini saya dapat rasa sendiri kenapa seseorang itu begitu berminat dengan politik sehingga ada yang terlalu taksub. Tidak kisah la siapa yang anda sokong yang pastinya sikap terlalu taksub itu bakal merosakkan pemikiran kita dan menjadikan kita tidak boleh berfikir secara rasional. Nabi sendiri pun menyuruh umatnya agar besederhana dalam semua perkara yang kita lakukan jadi apa salahnya kita mengikut sunnah nabi. 

Mempolitikkan agama juga merupakan suatu perkara yang perlu dipandang serius. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh memperlekehkan atau mempermainkan isu agama sesuka hati sahaja semata-mata untuk mendapat perhatian. Islam merupakan agama yang syumul dan terpelihara jadi janganlah mencemarinya dengan isu-isu untuk kepentingan mana-mana pihak. Saya berasa amat sedih sekali apabila sesetengah pihak hanya pandai bercakap tentang Islam tetapi masih belum memahami maksud Islam yang sebenar. Mampukah kita mempengaruhi orang lain tentang Islam sekiranya kita sendiri masih belum kukuh, semestinya tidak kan. Hampir mengalir air mata ini apabila umat Islam saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, keji mengeji dan banyak lagi demi untuk kepentingan politik. Dalam bermanifesto sekalipun tidak perlu rasanya kita membuat tohmahan dan fitnah kepada orang lain. Kita semua saudara seagama dan jika ada kesilapan tegurlah dengan cara yang berhemah dan musyawarah yang dianjurkan oleh Rasulullah dahulu. Jika dahulu Rasulullah sendiri baik dengan sesiapa sahaja termasuklah musuhnya sendiri tidak bolehkah kita berbuat begitu pada masa sekarang??Rasulullah tidak pernah membalas keburukan yang dilakukan oleh musuhnya malah sentiasa mendoakan kebaikan mereka. Ada suatu cerita di mana seorang kafir ini sering melontar najis kepada baginda dalam perjalanan ke masjid tetapi baginda tetap tenang. Sehingga suatu hari, orang ini tidak lagi melempar najis tersebut dan Rasulullah sendiri pun hairan kenapa orang itu tidak berbuat demikian. Rasulullah pun bertanyakan kepada sahabat dan para sahabat menjawab bahawa orang itu sedang sakit dan terlantar di kamarnya. Rasulullah pun menyuruh isteri baginda membuat makanan yang enak-enak untuk menziarahi orang kafir itu. Tidak lupa juga bahawa Rasulullah mendoakan kebaikannya dan orang kafir itu sungguh terkejut sekali dengan kehadiran Rasulullah. Dengan sekelip mata sahaja orang itu berubah dan menjadi sahabat setia Rasulullah. Nak cakap kat sini bahawa memberi maaf dan mendoakan kebaikan orang lain itu sangat penting walaupun sering dibalas dengan kejahatan. Kita mungkin tidak mampu untuk menjadi sehebat dan setabah Rasulullah tetapi kita boleh mencontohi perkara ini dalam banyak perkara termasuklah politik. Jika pihak lawan bermain secara kotor, kita bermainlah secara baik. Bukannya melawan balik apa yang dilemparkan kepada kita. Diam bukan beerti kita kalah tetapi diam lebih baik daripada mengatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Ingat bahawa Allah itu sentiasa ada untuk orang yang benar. Kita hanya mampu merancang hanya Allah sebaik-baik perancang. Allah itu Maha Mengetahui dan Dia tahu apa yang terbaek untuk hambaNya.

Tahniah kepada calon-calon yang menang dan diharapkan segala manifesto yang dijanjikan akan ditunaikan. Bila Allah telah memilih kita untuk menjadi pemimpin, maka jalankanlah amanah tersebut dengan baik. Kebajikan mahasiswa adalah kewajipan anda. Bagi yang kurang berjaya bukan bermakna anda gagal tetapi Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. InsyaAllah apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Juz di sini saje la pandangan saya buat kali ini. Semoga perubahan yang dijanjikan mampu dilaksanakan. Pemimpin adalah untuk orang bawahan, bekerjalah bersama-sama mereka bukannya hanya pandai memberi arahan dan berkata-kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Wallahu'alam.

p/s: kepada semua calon mpp yang terpilih jalankan tanggungjawab anda dengan baik, tidak kira lah dari parti mana anda bertanding sekalipun, pastikan suara mahsiswa di dengari. Pemimpin yang baik adlah yang sentiasa dekat dengan rakyatnya.

sekitar PRK----------->>>

rapat umum di foyer KAB

salah seorang calon yang bertanding a.k.a aini

calon fakulti FSK



my housemate yg turut sama tampal poster



poster-poster yang ada di sekitar kolej

1 comment: