Tuesday, June 7, 2011

Bola iTu BuLaT

Assalamualaikum...semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan ceria...:)

alhamdulillah masih ada peluang untuk menulis dalam blog ni..hari ni aku nak citer pasal bolasepak..actually aku sebenarnya peminat sukan nombor 1 negara tu...tapi aku hanya minat yg kt dalam negara je..kt luar negara tu xberape sangat tp amk tahu jugak la sikit2..if ada perlawanan yang melibatkan Malaysia pasti aku akan tengok if ada kesempatan masa..dan sekarang ni tengah hangat pasal Liga Super dan Piala FA...aku pun tak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa perlawanan2 ini..dan yang paling penting negeri kelahiran aku TERENGGANU tidak kurang hebatnya..walaupun sekarang ni berada di tangga ke-3 Liga Super, namun aku percaya peluang itu masih ada selagi semua perlawanan masih belum tamat..yang penting usaha yang berterusan dan mempunyai mentaliti yang kuat..insyaAllah boleh berjaya walaupun ada 2 je lagi baki perlawanan...bola itu bulat..dalam bolasepak apa pun boleh berlaku dan tiada yang mustahil..jadi kpd player2 dan peminat2 jangan cepat putus asa dan berilah sokongan yang padu kepada pasukan masing2...kalah dan menang adalah adat permainan, yang penting adalah semangat kesukanan..asam garam kehidupan ada pelbagai rasa manis,pahit,tawar,masin...jadi berilah yang terbaik untuk pasukan masing-masing..jangan bila menang disanjung2, bila kalah dikutuk2...begitulah kebanyakan mentaliti rakyat negara kita sekarang ni...harapnya dapatlah diubah selepas ni agar pasukan negara kita terus membangun terutamanya dalam pembangunan sukan..

Satu lagi perlawanan yang hangat dibualkan sekarang adalah Piala FA..bagi musim 2011 ini, Piala FA bakal menyaksikan pertembungan hebat dua pasukan pantai timur iaitu KELANTAN & TERENGGANU...kali pertama bertemu di pentas final pasti menyaksikan perlawanan yang menarik antara kedua2 pasukan ini..masing2 mempunyai kelebihan yang tersendiri...TERENGGANU mempunyai ramai pemain2 muda yang berkualiti dan KELANTAN mempunyai pemain2 yang berpengalaman..percaturan pada malam 11 Jun 2011 nanti bakal menentukan milik siapakah Piala FA itu..TERENGGANU mahu mendapatkan Piala FA ini buat kali kedua selepas tahun 2000 di samping menebus kekalahan 3-0 di tangan Kelantan pada 6 Jun 2011 yang lalu manakala KELANTAN ingin membawa pulang piala ini buat kali pertama ke negeri itu..justeru itu..moral kedua-dua pasukan ini tinggi untuk memenangi piala ini...siapa yang berusaha lebih pasti akan menjuarai piala ini..kemenangan adalah 50-50 bagi kedua2 pasukan...kita tunggu dan lihat 11 Jun nanti..

aku sebagai penyokong setia TERENGGANU berdoa agar TERENGGANU dapat melakukan yang terbaik untuk Piala FA nanti...kalah menang tu aku tak kisah sangat yang penting kualiti permainan tu memuaskan 
semua penyokong2 setia..peteh ganu peteh...u 're de best...semoga berjaya.."SEMANGAT DARUL IMAN SOKONGAN SEPANJANG ZAMAN"




No comments:

Post a Comment