Monday, August 15, 2011

SeC0nd Half oF RaMadHan

Assalamualaikum,,,alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu di dalam blog ini...semoga dapat memberi manfaat di bulan ramadhan yang mulia ini..:)


selalu kita mendengar bahawa mungkin ini adalah ramadan yang terakhir bagi kita..ada yang mengambil iktibar dan ada juga yang tidak menghiraukan. mungkin kita tidak tahu bila kita akan dicabut nyawa oleh malaikat izrail sebab itulah kita hanya memandang ringan sahaja. andai kata kita tahu bila dan di mana kita akan mati, sudah tentu kita semua berlumba-lumba untuk melakukan ibadah untuk mengejar indahnya syurga Allah. Alangkah ruginya kita seandainya apa yang kita miliki hari ini tidak kita hargai. Nikmat kesihatan, masa lapang, umur yg muda, harta benda dan macam2 lagi lah yang Allah bagi kat kita perlu diucapkan alhamdulillah dan syukur. Dalam hadis nabi sendiri kata jadilah kamu golongan yang sedikit iaitu golongan yang bersyukur.

Pejam celik pejam celik, kita dah masuk fasa kedua ramadhan iaitu dah separuh bulan kita menjalani ibadah puasa. kalau dalam bolasepak boleh dipanggil 2nd half analoginya begitulah. Kita muhasabah balik segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang separuh masa pertama dahulu, adakah amalan kita sama, lebih baik mahupun lebih teruk daripada tahun lepas. Saya tahu setiap orang boleh membezakannya sendiri. Selain ibadah yang wajib seperti solat dan puasa, bagaimana pula ibadah sunat kita yang lain seperti solat terawih, tadarus al-quran, qiamullail, bersahur, sedekah dan lain-lain. Adakah kita masih melakukan semua amalan ini sepanjang separuh masa pertama kita...jika jawapannya ya..alhamdulillah..jika jawapannya tidak marilah sama-sama kita perbaiki diri kita untuk separuh masa kedua ini..masih belum terlambat untuk kita pertingkatkan amalan kita dan separuh masa kedua ini jugalah banyak kelebihan-kelebihan yang akan kita peroleh di mana misi untuk mencari malam lailatul qadar yang mempunyai banyak fadilatnya. tetapi sayang, kerana pada 20 malam terakhir inilah semakin kurang orang-orang yang berkunjung ke masjid dan surau melakukan solat terawih akibat leka dengan persiapan rayanya. ya Allah engkau jauhilah aku daripada perkara-perkara ini kerana ia adalah satu kerugian yang besar dan engkau berikanlah hidayah kepada mereka-mereka yang lalai agar kembali teguh di sisimu termasuklah diriku yg dhaif ini.

Sesungguhnya begitu banyak kelebihan di bulan ramadhan ini di mana

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu  berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengupgradekan ibadah kita pada separuh masa kedua ini untuk mencapai goal menuju ke syurga yang hakiki..insyaAllah..yang baik itu datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. hakikatnya kedua-dua datang daripada Allah..

No comments:

Post a Comment