Monday, December 19, 2011

TangGungJawab

Assalamualaikum,,apa khabar semua??
semoga sihat dan ceria selalu

korang tahu tak apa itu tanggungjawab??
tanggungjawab ni sebenarnya amanah yg kita pikul dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin..ni pendapat aku la..kalau nak lebih jelas boleh la belek kamus dewan..hehe

tanggungjawab ni pulak ade banyak cabangnya..aku nk kategori kpd beberapa iaitu:

  • tanggungjawab kpd Pencipta - tanggungjawab kita kpd Allah s.w.t ni sebenarnya sangat mudah iaitu melakukan apa yg diperintahkanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Nampak macam mudahkan, tapi itu yg susah sebenarnya..tanya pada diri kita, rukun Islam 5 prkara kita dah buat ke belum, paling utama adalah SOLAT 5 WAKTU kerana sesungguhnya solat itu tiang agama..jika solat dah sempurna, insyaAllah yg lain akan automatik jadi ok..^__^..rukun iman pun sama la kawan-kawan..kita mesti tetapkan iman kita kpd Allah s.w.t yg Maha Esa..jadi tak susah kn..hehe
  • tanggungjawab kpd manusia - tanggungjawab kita kpd manusia ni adlh dengan menjaga hubungan silaturrahim sesama kita..selepas hubungan dengan Allah dh baik, insyaAllah dengan manusia pn akan jadi baik.jangan sekali-kali kita putuskan hubungan sesama kita..dlm hadis Nabi pn ada sebut di mana tidak sempurna iman seseorang sekiranya dia tidak mencintai saudaranya seperti cinta kpd dirinya sendiri..jadi berbuat baiklah sesama kita walaupun kejahatan yg kita dapat kerana sesungguhnya kejahatan dibalas dgn kebaikan adalah suatu sifat yg luar biasa yg jarang ada pada diri kita sekarang.
  • tanggungjawab kpd organisasi - tanggungjawab ni adlh apabila kita masuk dalam sesuatu organisasi misalnya menjadi seorang majlis perwakilan pelajar atau pun terlibat dalam kegiatan berpersatuan..di sini kita juga mempunyai tanggungjawab sama ada dilantik sebagai ahli jawatankuasa mahupun sebagai ahli biasa..apabila kita diberi tanggungjawab laksanakanlah sebaik mungkin..teringat kata senior2 sekolah dulu, apb kita diberi tanggungjawab, sebelah kaki kita ada kat syurga dan satu lagi kat neraka..jadi kita pilih la sendiri apa yg kita nak..
  • tanggungjawab kpd alam sekitar - tanggungjawab ni adlh utk alam sekeliling kita spt haiwan dan tumbuh-tumbuhan..tanggungjawab ni nk make sure alam kita slalu stabil dan aman damai..kalau kita yg tak hargai alam sekitar ni sapa lagi yg nak jaga sbb Allah dh jadikan manusia ni khalifah kat muka bumi..jadi kita buatlah apa yg kita patut buat..
hehe..rasa dah panjang lebar lak citer..kesimpulannya tanggungjawab tu adalah amanah buat kita yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin..tanggungjawab kpd Allah adalah lebih utama drp yg lain-lain..semoga kita perbaiki diri kita untuk melaksanakan tanggungjawab yg telah diberikan..peringatan tuk diri sendiri dan sahabat semua..:)

.::selaraskan tanggungjawab duniawi dan ukhrawi dengan seimbang::.

No comments:

Post a Comment