Saturday, May 21, 2011

Andai Itu TakdirNya

Assalamualaikum..apa khabar semua??
Semoga berada dalam keadaan sihat selalu..

Semalam merupakan hari yang paling aku takuti
sebenarnya takde lah takut sangat cuma berdebar je..hehe
biasa la lepas habis exam mestila ada keputusannya
tapi cam biasa la, aku sebenarnya dah target camne keputusan aku untuk sem ni
bila tengok keputusan tu memang agak terkejut lah
sem ni yang paling teruk aku pernah dapat dan sem ni jugak buat pertama kali keputusan aku jatuh
nak kata sedih tu memang sedih, tapi aku bersyukur dan redha je dengan apa yang aku dapat
mungkin usaha aku hanya setakat itu sahaja
kalau fikir aku je yang kecewa, aku tahu orang lain mesti ramai lagi
nasihat kepada kawan-kawan yang kecewa jangan cepat putus asa
usaha lagi untuk sem depan..insyaAllah masih ada masa untuk kita buktikan
aku pun sebenarnya takdelah tabah manapun, mula-mula tu agak susah nak terima keputusan tu
tapi lepas solat dan doa banyak2, alhamdulillah dapat menerima seadanya
lagi-lagi bila teringat ramai lagi yang terima ujian lebih teruk dari kita
kalau kita ni gagal dalam peperiksaan, cuba kita fikir kembali
anak-anak kat palestin tu bermatian-matian berjuang musuh-musuh Islam
tapi mereka tak mengeluh pun malah lebih bersemangat untuk menentang musuh2 Allah..allahuakbar
setiap insan sebenarnya diuji dengan cara yang berbeza
cuma antara kita sedar atau pun tidak je sebenarnya

jadi, ayuh kita bangkit kembali untuk meneruskan perjuangan yang seterusnya
hayatilah lirik lagu menuju wawasan di bawah ni, semoga memberi kekuatan baru buat kita semua


wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amanah
sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

insyaAllah...sama-sama la kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang..gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya..dan yang berada di atas juga tidak akan selama-lamanya di atas sebab hidup ini ibarat roda, adakala di atas, adakalanya di bawah...bersyukurlah dengan apa yang kita dapat sebab mungkin itu adalah yang terbaik buat diri kita. kepada kawan-kawan yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah saya ucapkan semoga dapat mengekalkan apa yang kalian ada pada hari ini. kepada kawan-kawan yang kecewa, mungkin ada hikmah  di sebaliknya...apa yang penting bukanlah keputusan yang kita dapat tapi ilmu yang kita peroleh..keputusan yang kita dapat hanyalah bidang terjun untuk kita berjaya dalam hidup, tapi ilmu yang kita dapat itulah yang akan membawa arah tuju kehidupan kita yang sebenar. 

mood:: sedang motivate diri sendiri...:)

Tuntutlah Ilmu

Assalamualaikum...apa khabar semua??
Semoga berada dalam keadaan sihat selalu..

Hari ini tertonton satu rancangan kat tv1 yang bertajuk Persada Jurnal
dan kupasannya adalah bertajuk "Menuntut ilmu hingga ke akhir hayat"
manakala pandangan-pandangan yang dikemukakan adalah dari pelajar dan pensyarah Unversiti Teknologi Petronas (UTP)
Alhamdulillah banyak perkara yang boleh diambil iktibar daripada rancangan ni..menuntut ilmu ni sebenarnya satu perkara yang sangat mulia, bahkan Nabi sendiri pun kata tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Dalam Islam sendiri, menuntut ilmu itu sangat dituntut sama ada ilmu dunia mahupun akhirat.

Antara persoalan yang dikemukakan adalah adakah menuntut ilmu ini untuk peperiksaan semata-mata ataupun untuk kita amalkan sepanjang hayat? kita boleh fikir-fikirkan sendiri. Sebenarnya, menuntut ilmu bukanlah untuk peperiksaan semata-mata, tapi ilmu yang kita dapat tu boleh diamalkan untuk kegunaan kita sehari-hari. Kadang-kadang saya sendiri pun belajar just untuk peperiksaan semata-mata, lepas habis exam dah tak ingat. Biasanya macam tu la adat sebagai pelajar. Tapi bila tengok kembali rancangan tadi saya berfikir sejenak, sebenarnya ilmu yang kita belajar tu banyak gunanya. Contohnya, saya sebagai bakal guru, nak mengajar nanti mestilah nak kena tahu semua perkara. Jadi, ilmu yang saya dapat sekarang la perlu diaplikasi untuk masa akan datang. Saya pun sebenarnya dah lupa apa yang saya belajar untuk semester-semester yang lepas sebabnya adalah belajar untuk dapat pointer yang tinggi lepas tu hilang macam tu je. Itulah kelemahan saya. Sebab itu, saya ingin mengajak saudara/ri supaya kita berfikir kembali apa matlamat sebenarnya kita belajar. Adakah untuk mendapat gred yang tinggi setiap kali exam atau nak dapat kerja yang bagus2 lepas keluar universiti??kita renung2kan sendiri.

Saya pun tak nak cerita panjang2, cukuplah kalau ilmu yang kita ada tu boleh memberi manfaat kepada diri kita dan orang sekeliling. Rasulullah pernah bersabda orang yang berilmu adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain. Seimbangkanlah ilmu duniawi dan ukhrawi agar kita boleh mencapai keredhaanNya. Pepatah arab ada mengatakan ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Oleh itu, sama-sama la kita berkongsi ilmu yang kita ada untuk kebaikan bersama. Di sini, saya tekankan untuk ilmu yang baik je, kalau ilmu yang tak bermanfaat tu tak payah la kita nak sebarkan sebab itu hanya akan mengundang dosa kepada kita. 

Kesimpulannya, jadilah orang yang berilmu agar tak senang ditipu oleh orang lain. Satu lagi, amal dan istiqamah ilmu yang kita dapat walaupun saya tahu memang susah nak buat benda ni. Tapi kita cubalah yang termampu. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, insyaAllah.

p/s: maaf kalau merapu-rapu...hehe..sebenarnya takde idea sangat nak tulis..sekadar yang termampu untuk dikongsikan...:)

Friday, May 20, 2011

Kami Prihatin Masyarakat Penyayang

Assalamualaikum..apa khabar semua??
Semoga berada dalam keadaan sihat selalu..

Alhamdulillah berakhir satu lagi program untuk sem kali ni
Kami Prihatin Masyarakat Penyayang merupakan 1 program baktisiswa yang dianjurkan oleh blok C KZ
Program yang bermula pada 12-15 Mei yang lalu memberi 1001 pengalamn yang berharga buat aku dan teman-teman seperjuangan
terlalu banyak dugaan yang terpaksa kami lalui untuk menjayakan program ini
tabik spring to pengarah program ct aini hashim coz dah bekerja keras tuk program
tak lupa juga pada ajk pelaksana yg lain, syikin, dila, jane, ain, ida, amy dan ramai lagi la..sorry klo xsebut name..hehe..
sememangnya kamu semua sangat tabah even timbul 1 insiden malam sebelum nak bertolak
memang betullah kata2  aini, Allah masih sayangkan kami semua...(skodeng blog jap..hihi)
apa pun yang terjadi, perjuangan tetap diteruskan sehinggalah selesai program
alhamdulillah program berakhir dengan baik walaupun ade kelemahan dan kekurangan
terima kasih juga kepada semua peserta yang terlibat, korang semua sporting2 belaka
semoga ikatan kita ini berkekalan dan pengalaman yang kita dapat menjadikan kita berubah ke arah yang lebih baik..insyaAllah..
keseluruhannya program berjalan lancar dan syukur kpd Allah tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku 
sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik perancang

hari pertama hingga hari terakhir,
banyak pengalaman yang aku dapat
mungkin ni 1st time aku terlibat dalam program mcm ni
alhamdulillah aku mendapat ibu bapa angkat yang sangat baik
tiap-tiap hari kejenya makan je...hehe..mklumla ayah tukang masak
yang paling bes dapat rumah dekat sempeneh yang ada air terjun
tiap2 ari mandi mesti sejuk punyer..
sekarang ni rindu nak mandi air sejuk tu lagi..hihi
ape pun terima kasih mak n abah sebab sudi terima diriku ini
pisang goreng kering dan karipap dah jadi menu wajib tiap2 hari
thanks a lot yer..^_^

rasanya cukuplah coretan untuk kali ni
apa yang penting, sangat bez join program ni
gonna miss u all guys..:)

bersama mak n ayah angkat

ronda-ronda kampung (ain, pnjm gambo...hihi)

gotong-royong

sesi LDK bersama budak skolah

gotong royong memasak

actually banyak lagi gambo2 yang ada, tapi cukup la kat sini dulu
nanti kalo ada masa saya upload lagi
~wassalam~

Sunday, May 8, 2011

Luv U Mak

Assalamualaikum, apa khabar semua??
Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah..

Saat-saat ini hati memang agak sayu
sebabnya sudah lama tak balik kampung
hampir 3 bulan lebih aku tak balik ke kampung
dan selama itu jugak lah aku tak dapat jumpa family tercinta
sangat-sangat sedih...tapi ape pun kena kuatkan semangat jugak
dah lumrah hidup sebagai seeorang perantau...kenalah terima..
ya Allah, sesungguhnya hidupku dan matiku hanyalah untukMu
semoga masih ada kesempatan waktu untuk aku berjumpa ibu bapa dan adik2ku...insyaAllah

hari ni juga merupakan hari ibu 
dan saya nak cakap kat mak bahawa mak adalah yang terbaik buat saya
tiada sape yang dapat menggantikan mak fil dunia wa akhirat
maafkan saya mak jika dh banyak buat salah pada mak
selalu tak dengar cakap mak, selalu sakitkan hati mak, selalu buat mak marah dll la
saya mintak ampun mak, saya memang budak yang degil,tapi dalam hati saya tetap sayang mak
mak, saya memang malu nk cakap saya sayang mak, tapi saya harap mak faham perasaaan saya
insyaAllah saya akan cuba untuk membagiakan mak suatu hari nanti

jasa mak memang tak dapat di balas sampai bila2
hanya doa yang mampu kuberikan sebagai balasannya

ya Allah engkau berilah aku kesempatan waktu untuk membalas jasa2 kedua-dua orang tuaku sewaktu mereka masih hidup.  Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.  
Semoga kita masih berpeluang membalas semua jasa2 mereka. Bagi yang telah tiada, doa dari anak yang soleh/solehah sentiasa berpanjangan...moga mereka berada dalam kalangan orang yang beriman.


Saturday, May 7, 2011

Damai Nan Indah

Assalamualaikum,
Apa khabar semua??harap2 sihat slalu..

hari ni tiba-tiba teringat kt lagu nasyid dulu2
hijjaz n raihan is my faveret kumpulan nasyid
best kalau dengar lagu dulu2, banyak makna yang tersirat dan tersurat
lagu damai nan indah oleh hijjaz adalah salah satu nasyid yang saya minat
lgu ni saya dengar time zaman skolah rendah lagi
dan sangat2 best...:)
hayati dan fahamilah lagu ni..moga2 bermanfaat..

Kepekatan malam dihiasi rembulan
Siang pula datang bersama sinaran mentari
Dalam resahnya hati ini
Ku turutkan langkah kaki
Tak terasa ku lalui
Jalan yang berliku-liku

Ku jatuhkan pandangan
Ku lihat jurang dalam
Penuh dengan onak duri
Yang amat mengerikan

Kudongakkan kepala
Kulihat langit tinggi
Terbentang luas tiada bertepi

CahayaMu indah menyinari hidupku ini
KasihMu tambah memupuk Iman di jiwaku
Dengan cahayaMu terang pelita di hatiku
SyiarMu membuat musuhMu terpaku

KalamMu indah terdengar merdu di telinga
MehnahMu itu mengajar menyedarkanku
KasihMu Tuhan membuat hatiku merindu
Kurasa indah di dalam rahmatMu

nak dengar lagu boleh klik link kat bawah

damai nan indah by hijjaz

p/s: sangat mendamaikan jiwa bila dengar lagu ni..:)

Friday, May 6, 2011

CiNTa & ReMaJA

Assalamualaikum, ape khabar semua?
harapnya semua sihat2 slalu..

Hari ni saya ingin berbicara tentang perkara yang tak boleh dipisahkan daripada remaja, semestinya la CINTA..CINTA dan REMAJA semacam irama dan lagu, tak boleh dipisahkan. Saya percaya kebanyakan remaja mempunyai perasaan CINTA kerana umur remaja adalah umur peralihan dan memang sifat ingin tahu itu sangat tinggi. Dan saya juga percaya bahawa kebanyakan remaja mempunyai pengalaman tersendiri berkaitan cinta. Jujur saya katakan bahawa saya juga mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai tetapi perlulah ada batasnya. Teringat kata seorang ustaz kat matrik dulu, kalau kita tak ada perasaan cinta mencintai ni maknanya tak normal la kita, sebab Allah dah mencampakkan perasaan kasih sayang itu ke dalam setiap diri manusia. Saya pun sebenarnya kurang mengerti apa erti cinta yang sebetul-betulnya. Mungkinkah itu perasaan yang wujud antara seorang manusia kepada Penciptanya, seluruh ummat kepada Rasulnya, seorang ibu atau bapa kepada anaknya mahupun seorang lelaki terhadap seorang perempuan. Ya, itulah kebanyakannya yang selalu saya baca dalam artikel-artikel dan blog-blog. Ada orang tanya saya, pernah bercinta ke tak??susah saya nak jawab soalan tu sebab saya belum mengerti sepenuhnya. Mungkin saya pernah hampir-hampir ingin menuju ke jalan itu tetapi Allah masih ingin menjaga saya dan alhamdulillah saya adalah saya pada hari ini. Mungkin cinta saya kepada Allah masih belum kuat dan sebab itu juga lah Allah masih belum memberikan saya cinta seorang lelaki yang betul-betul boleh membimbing saya. Saya percaya Allah inginkan yang terbaik untuk diri saya walaupun kadangkala terfikir sendirian kenapalah orang lain semua dah ada pakwe, makwe kenapa aku tak ada. Tapi lepas tu saya fikir balik, ada hikmah disebalik anugerah Allah itu. Kalau kita tak ada pakwe or makwe maknanya kita boleh terhindar daripada dosa dalam erti kata lain, kita tak akan mesej/call, tak akan dating, tak akan buat maksiat, tak akan pegang tangan dan lain-lain la. Saya tak kata semua orang yang bercouple buat semua benda ni, tapi kebanyakannya macam tu lah. Lepas tu, saya tak payah fikir dah nk bagi hadiah pe ke time besday or anniversary dah sah jadi couple, then  xpayah nk fikir perasaan si dia or hidup terkongkong. Haa, nampak tak kelebihan yang Allah bagi kat kita, so kepada sape2 yang belum ada teman istimewa tu janganlah risau, Allah tahu yang terbaik buat kita. Bagi saya, nak bercouple tu tak salah, tapi niat tu mestilah untuk menuju ke alam perkahwinan dan bukanlah sekadar suka-suka untuk memuaskan hawa nafsu. Kadang-kadang sedih saya tengok remaja hari ni, sekejap bertukar-tukar pasangan macam tukar baju pulak dibuatnya senang-senang je boleh pilih2 lepas tu clash cari yang lain. Semoga saya tak tergolong dalam kalangan itu, nauzubillah. Apa pun cinta tu fitrah manusia yang tak dapat kita elak, cuma kita perlu mengawalnya supaya tak terjebak dalam gelumang dosa dan maksiat. Ingat kita memang diciptakan berpasang-pasangan tetapi biarlah dengan cara yang halal iaitu ikatan pernikahan. Semoga coretan saya ni dapat memberi sedikit manfaat untuk pembaca semua. Ingatan ini bukan ditujukan kepada pembaca sahaja tetapi kepada diri saya juga sebagai insan yang lemah. Saya juga pernah lakukan kesilapan dan semoga kesilapan-kesilapan yang lalu mampu membuatkan kita lebih matang dan berfikir.


CINTA mampu mengubah seseorang menjadi baik
CINTA juga mampu mengubah seseorang menjadi jahat

CINTA boleh mendekatkan diri kepada Allah
CINTA juga boleh menjauhkan diri daripada Allah

CINTA boleh menjadi pembakar semangat
CINTA juga boleh menghancurkan emosi

CINTA menjadikan diri kita semakin berhati-hati
CINTA juga menjadikan diri kita semakin hanyut

CINTA kadang2 buat kita bahagia
CINTA juga buat kita sengsara

cinta tidak semestinya memiliki
tapi cinta sentiasa dihati

Cinta bukan untuk kita jaja,
tetapi untuk kita jaga

Semoga aku sentiasa di bawah lindungan Allah dan aku berdoa semoga cintaku hanyalah milik bakal suamiku, insyaAllah. Jodoh pertemuan tu di tangan Allah. Aku yakin dengan ketentuanNya. Pesananku kepada kaum hawa, jangan terlalu cepat kita menilai seseorang yang hadir dalam hidup kita especially lelaki. Bukan nak berfikiran negatif, cuma sediakan payung sebelum hujan. Nanti kita juga yang akan merana dek pujukan kata-kata manis seorang lelaki yang belum pasti menjadi suami kita. Teringat lagu pujaan malaya yang berbunyi:

Mama
Bilang jangan ku percaya
Lelaki
Akan memuja hanya pada mulanya

Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia
Agar tak merana
 
Itu antara liriknya lah..nak dengar lagu penuh boleh la cari kat youtube..taip je pujaan malaya confem kuar..hehe...dengar lagu pun boleh ambik iktibar sebenarnya. Jangan dengar je pastu hilang macam tu je..at least sambil dengar ada la jugak input yang kita dapat. Ops..dah terlebih merepek lah pulak..ok2..rasanya cukuplah setakat ni dulu. Renung2kan dan selamat beramal..^_^


 p/s::cukuplah mencintai dalam diam jika belum bersedia..itu lebih baek..tp if dah bersedia tak salah kalau nk meluahkannya tapi dengan syarat guna cara yang betul.